Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Rakyat Iraq meraikan pengunduran sepenuhnya tentera Amerika Syarikat selepas lebih dua dekad konflik. Namun, kebimbangan timbul mengenai kemungkinan kekosongan keselamatan yang boleh dimanfaatkan kumpulan militan dan militia bersenjata di negara itu.
Transcript
00:00Irak menadakan berakhirnya lebih dua dekad kehadiran tentera Amerika Syarikat di negara itu apabila anggota terakhir pasukan itu meninggalkan negara
00:07berkenaan.
00:08Pasukan keselamatan Irak meraihkan detik bersejarah itu dengan mengadakan perarakan ketenteraan di Baghdad dan Pandar Suci Najaf.
00:19Pengunduran terakhir membabitkan pasukan yang ditempatkan di pangkalan udara Erbil di wilayah sebarang otonomi Kurdish.
00:26Sebahagian rakyat Irak bimbang pengunduran tersebut boleh mewujudkan ruang kepada kumpulan penentang yang disokong Iran untuk memperluaskan pengaruh mereka.
00:35Terdapat juga kebimbangan bahawa kumpulan Daesh berpotensi mengambil kesempatan daripada sebarang kelemahan keselamatan untuk cuba bangkit semula.
00:43Iran yang mempunyai pengaruh besar dalam politik dan keselamatan Irak melalui kumpulan sekutunya melihat pengunduran tentera Amerika Syarikat sebagai kemenangan
00:52strategik di rantau Asia Barat.
00:54Tentera Amerika mula meninggalkan Irak pada penghujung 2011 namun kembali kurang tiga tahun kemudian bagi membantu pasukan Irak selepas Daesh
01:03menguasai hampir satu per tiga wilayah negara itu.
01:07Sementara itu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memuji Perdana Menteri Irak Ali Faleh Al-Zaidi dan menyatakan keyakinan bahawa kerajaan
01:14Irak mampu menguruskan situasi keselamatan selepas pengunduran tersebut.
01:18Menurut data rasmi, lebih 4,500 anggota tentera Amerika terbunuh sepanjang konflik Irak manakala projek Irak Body Count menganggarkan lebih
01:28200,000 orang awam Irak terkorban sejak perang itu bermula.
01:32Terima kasih telah menonton!

Recommended