Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menegaskan sokongan penuh Riyadh kepada kerajaan Yaman dalam usaha menghadapi ancaman Houthi dan memulihkan kestabilan negara itu. Beliau turut menegaskan Arab Saudi tidak akan teragak-agak bertindak terhadap sebarang ancaman keselamatan.
Transcript
00:00Arab Saudi menegaskan sokongan penuhnya kepada kerajaan Yaman dalam usaha memperluaskan kuasa pentadbiran yang sah dan menghadapi ancaman kumpulan Houthi.
00:08Putera Mahkota Muhammad bin Salman berkata, Riyad akan terus membantu kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa dalam usaha memulihkan kestabilan dan
00:16keselamatan negara berkenaan.
00:21Menurut Muhammad Salman, Riyad pada masa sama akan terus berusaha mengurangkan ketegangan serantau dan menyokong penyelesaian menerusi saluran diplomatik.
00:29Beliau bagaimanapun menegaskan, kerajaan Arab Saudi tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sebarang ancaman atau serangan yang
00:38menjejaskan keselamatan negaranya.
00:40Muhammad Salman menyampaikan kenyataan itu ketika membacakan titah di Raja Tahunan bagi pihak Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul
00:47Aziz Al Saud sempena pembukaan tahun ketiga penggal ke-9 Majlis Surah Arab Saudi.
00:53Menurut agensi berita Arab Saudi, titah berkenaan turut menyentuh komitmen berterusan Riyad dalam memperkukuh keselamatan serantau, kestabilan ekonomi dan hubungan
01:02antarabangsa.
01:03Kenyataan itu dibuat ketika konflik di Yaman terus memuncak dengan pertempuran yang sebagai sengit antara pasukan kerajaan dan kumpulan Houthi
01:11di beberapa wilayah utama.
01:13Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended