Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Dua beradik perempuan berusia 16 dan 17 tahun dilaporkan hilang selepas masing-masing keluar dari rumah di Lembah Jaya Utara, Ampang Jaya, Selangor, pada Sabtu dan Ahad lalu.
Transcript
00:00Dua beradik berusia 16 dan 17 tahun hilang selepas keluar dari rumah di Lembah Jaya Utara, Ampang Jaya, Selangor pada
00:08Sabtu dan Ahad lalu.
00:10Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anwar Khalid berkata,
00:14polis menerima laporan berhubung kehilangan kedua-dua pelajar tingkatan 4 dan 5 itu daripada ibu mereka.
00:24Menurut laporan itu, remaja pertama Syazana Kurato Aini Zulhazmi berusia 17 tahun keluar untuk makan bersama rakannya di kawasan berhampiran
00:33pada kira-kira jam 8 malam Sabtu lalu namun tidak pulang sehingga kini.
00:38Sementara pada keesokan harinya, adiknya Nurkistina Fatanah pula memberitahu mahu ke karnival sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Taman Kausas.
00:47Bagaimanapun, kedua-dua mereka masih belum pulang ke rumah sehingga hari ini.
00:51Khairul Anwar berkata, pengadu mengesyaki kedua-dua remaja berkenaan keluar dari rumah kerana mahukan kebebasan.
00:57Syazana mempunyai ketinggian 159 cm, berat 45 kg dan berkulit cerah.
01:03Manakala Nurkistina Fatanah mempunyai ketinggian 155 cm, berat 45 kg dan berkulit hitam manis.
01:11Syazana Kuratoaini merupakan anak sulung, sementara Nurkistina Fatanah adalah anak kedua.
01:17Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kedua remaja itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran
01:23atau menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah IPD, Ampang Jaya dengan segera.
01:29Terima kasih telah menonton!

Recommended