00:00Malaysia menerima sumbangan 50 kit Starlink daripada syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat SpaceX bagi membantu memperkukul kesiapsagaan negara dalam menghadapi bencana.
00:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sumbangan itu disampaikan ketika delegasi SpaceX mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau di
00:17bangunan Perdana Putera semalam.
00:23Menurut beliau, pertemuan itu telah membincangkan kerjasama strategik bagi memperluaskan capaian internet satelit ke kawasan perdalaman negara termasuk di kawasan
00:31Sabah dan juga Sarawak.
00:33Beliau berkata kerajaan juga mengaluk-alukan pengoperasian infrastruktur titik kehadiran Point of Presence atau POP Starlink di Cyberjaya yang dijangka
00:42membantu melancarkan trafik data tempatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna.
00:47Menurutnya, kemajuan teknologi perlu diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai secara langsung oleh rakyat, terutama dalam merapatkan jurang digital antara
00:56bandar dan luar bandar.
00:58Anwar turut menegaskan bahawa aspek keselamatan saiber, pelindungan data dan pengguna internet syarat selamat akan terus diberikan perhatian walaupun akses
01:06rangkaian diperluaskan.
01:08Sumbangan Starlink itu dijangka memperkukuh lagi usaha Malaysia, meningkatkan keterhubungan digital dan kesiapsagaan menghadapi bencana pada masa hadapan.
Comments