00:00Pertemuan khas melibatkan 25 ahli Dewa Undangan Negeri Kerajaan Negeri Sembilan malam tadi tidak membincangkan sesi menghadap Menteri Besar Dato'
00:07Ismail Asim kepada yang dipertuan besar Negeri Sembilan.
00:11Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Dato' Seri Jalaluddin Alias berkata, fokus utama pertemuan adalah memastikan semua wakil rakyat kerajaan
00:18terus melaksanakan amanah di kawasan masing-masing.
00:24Menurut beliau, Pengurusi Barisan Nasional, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut memberi pesanan kepada semua adun supaya kekal fokus
00:31kepada tugas dan tidak terpengaruh dengan perkembangan politik semasa.
00:35Ahmad Zahid turut mengingatkan wakil rakyat supaya terus memberi perhatian kepada pembangunan kawasan dan kebajikan rakyat.
00:42Pertemuan itu turut dihadiri Setiausaha Agong UMNO, Dato' Dr. Ashraf Wajidi Dusuki dan Setiausaha Agong BN, Dato' Seri Dr. Zamri
00:50Abdelkader.
00:52Jalaluddin menegaskan keutamaan ketika ini adalah memastikan kestabilan pentadbiran negeri dan kelangsungan perkhidmatan kepada rakyat.
00:59Pertemuan itu dilihat sebagai usaha menyelaraskan gerak kerja wakil rakyat kerajaan ketika perkembangan politik negeri terus menjadi perhatian.