00:00Lembaga Pelancongan Nepal, NTB mengeluarkan nasihat keselamatan perjalanan kepada pelancong.
00:05Berikutan ramalan hujan lebat hingga sangat lebat di beberapa kawasan di negara itu dari 25 hingga 27 September ini.
00:16Menurut NTB, hujan sangat lebat turut diramalkan berlaku di banyak kawasan di wilayah Koshi Timur,
00:22Marhej Selatan, Bak Mati Tengah dan Sudur Paschim di barat jauh.
00:26Manakala beberapa kawasan di wilayah Karnali Barat mungkin menerima hujan lebat.
00:31Dalam nasihat itu, NTB menggesa pelancong khususnya mereka yang melakukan perjalanan ke kawasan pergudungan dan altitude tinggi
00:38serta kawasan berhampiran lembangan sungai supaya lebih berhati-hati.
00:43Lembaga itu turut menasihatkan pelancong supaya menyemak ramalan cuaca terkini dan nasihat rasmi sebelum meneruskan perjalanan
00:49serta mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan jalan raya, penerbangan dan laluan trekking.
00:55Selain itu, NTB menasihatkan pelawat agar mengelakkan aktiviti trekking, mendaki gunung dan aktiviti luar lain ketika keadaan cuaca tidak selamat.
01:03Pada selasa, Jabatan Hidrologi dan Meteorologi meramalkan hujan lebat di beberapa kawasan di wilayah Gandhaki dan Lumbini, Nepal Barat
01:11disertai ribut petik, kilat serta angin kencang.