Skip to playerSkip to main content
Majlis pertemuan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bersama Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar di Seremban pada Rabu, terpaksa dibatalkan.

Menurut sumber, pembatalan majlis berkenaan adalah atas arahan pihak berkuasa atas faktor keselamatan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797512/edisi/melaka-ns/perjumpaan-mb-exco-dengan-tunku-nadzaruddin-dibatalkan-atas-faktor-keselamatan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Majlis Pertemuan Menteri Besar Dato' Ismail Lasim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri EXCO
00:06bersama Tunku Nazaruddin Tunku Jaafar di Galeri Diraja Tunku Jaafar pada Rabu terpaksa dibatalkan.
00:13Menurut sumber, pembatalan majlis berkenaan adalah arahan pihak berkuasa atas faktor keselamatan.
00:20Perjumpaan bagi sesi suai kenal dan selaturahim itu dijadualkan bermula jam 9 pagi
00:26namun sehingga jam 10 pagi, majlis berkenaan masih belum bermula.
00:31Media kemudiannya bergegas ke sebuah hotel yang terletak tidak jauh dari Galeri Diraja Tunku Jaafar
00:37selepas dimaklumkan bahawa Menteri Besar dan EXCO berada di sana.
00:42Difahamkan mereka berkumpul di hotel tersebut untuk mengadakan perjumpaan sebelum bergerak ke Galeri Diraja Tunku Jaafar.
00:49Bagaimanapun, sebaik tiba di hotel terbabit, media tidak dibenarkan menghampiri lokasi perjumpaan
00:56sebelum dimaklumkan bahawa Ismail telah beredar kira-kira setengah jam kemudian.
01:02Adun gemas Rizwan Ahmad yang ditemui pemberita hanya tersenyum ketika ditanya mengenai apa yang berlaku
01:08sebelum meninggalkan hotel berkenaan.
01:10Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended