00:00Syarikat logistik dari Indonesia Lion Passer secara rasmi membuka pejabat antarabangsa pertamanya di Subang Jaya, Selangor.
00:07Langkah itu bukan sahaja menandakan kemasukan sulung syarikat berkenaan ke pasaran luar negara,
00:12malah memperkukuh hubungan logistik rentas sempadan antara Malaysia, Indonesia dan pasaran antarabangsa.
00:20Malaysia dipilih sebagai destinasi pertama pengembangan antarabangsa Lion Passer kerana kedudukannya yang strategik sebagai hub logistik serantau.
00:30Lion Passer berhasrat memperluaskan akses penghantaran rentas sempadan bagi membantu perniagaan dan komuniti mengembangkan pasaran mereka di peringkat antarabangsa.
00:39Syarikat itu turut mengamalkan pendekatan kolaboratif dengan membuka ruang kerjasama bersama pemain industri, logistik, tempatan
00:47bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan merancatkan pertumbuhan sektor tersebut.
00:52Ketika ini, Lion Passer menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan perniagaan dan runcit
00:57menerusi rangkaian penerbangan Lion Group dengan liputan penghantaran antarabangsa ke pelbagai destinasi.
01:04Pembukaan pejabat di Malaysia dijangka menjadi asas kepada pengembangan rangkaian antarabangsa syarikat itu pada masa depan.