Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Rakyat Malaysia yang melancong atau menjalankan urusan perniagaan di India bakal menikmati kemudahan pembayaran tanpa tunai menggunakan imbasan kod QR hasil kerjasama antara National Payments Corporation of India NPCI dan Payments Network Malaysia PayNet.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rakyat Malaysia yang melancong atau menjalankan urus niaga perniagaan di India
00:05bakal menikmati kemudahan pembayaran tanpa tunai menggunakan imbasan kod QR
00:10hasil kerjasama antaranya National Payments Corporation of India NPCI
00:15dan Payments Network Malaysia PayNet.
00:18Usai itu dilihat mampu memudahkan transaksi rentas sempadan
00:22antara kedua-dua negara selain mengukuhkan hubungan ekonomi digital Malaysia dan India.
00:30Menurut Ketua Asia Pasifik NPCI, Sonal Asnani, kerjasama antara NPCI dan PayNet dilaksanakan menerusi dua fasa.
00:38Fasa pertama membolehkan pelancong dari India menggunakan sistem pembayaran Unified Payments Interface atau UPI
00:46untuk menyimbas kod duit Now QR ketika berada di Malaysia.
00:50Selepas fasa itu berjaya dilaksanakan, kedua-dua pihak akan meneruskan integrasi
00:55bagi membolehkan rakyat Malaysia pula membuat pembayaran menggunakan kod QR ketika berada di India.
01:02India kini muncul sebagai peneraju pembayaran digital masa nyata dunia
01:06dengan lebih 20 bilion transaksi di proses setiap bulan.
01:11Kemudahan pembayaran rentas sempadan juga sudah digunakan di beberapa negara
01:15termasuk Emiriyah Arab Bersatu, Singapura, Perancis, Sri Lanka, Nepal dan Qatar.
01:21Sistem itu juga telah diintegrasikan ke dalam aplikasi WhatsApp di India
01:27sekaligus memudahkan ratusan juta pengguna melakukan pembayaran harian
01:31hanya melalui telefon pintar.

Recommended