00:00Seorang pekerja landscape menemukan sebutir bom lama ketika melakukan kerja di kawasan rekreasi berhampiran sungai Padang Terap pada Rabu.
00:10Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintenden Muhammad Anwar Junuh berkata pengadu yang merupakan pembantu khidmat arm unit landscape majlis Daerah
00:18Padang Terap, MDPT bersama rakan,
00:21ketika itu sedang membersihkan pokok dan membuang lalang di salah satu planter box di kawasan itu dan menemui satu objek
00:29menyerupai bom berada di lokasi berkenaan.
00:32Menurut Muhammad Anwar, planter box digunakan untuk tanaman hiasan pokok Cordy Line bersama dengan lalang jenis Rubrum Purple sejak lima
00:42tahun lalu dan ditanam oleh kumpulan landscape MDPT.
00:46Muhammad Anwar berkata ketika proses mencabut dan mencongkil rumpun dalang itu, didapati objek membentuk bom terkeluar dari tanah.
00:54Katanya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian oleh unit pemusnah bom UPB dari IPK Kedah mendapati terdapat sebutir bom jenis UXO
01:05motor,
01:06anggaran ukuran diameter lebih kurang 60mm dalam keadaan berkarat.
01:11Jelasnya bom terbabit kemudiannya diserah kepada unit pemusnah bom untuk tindakan pemusnahan di Kuari Yiket, Jalan Universiti Utara Malaysia UUM
01:22di Sintuk.