00:00Spring Airlines akan menggandakan perkhidmatan penerbangan Shanghai, Kota Kinabalu
00:05daripada satu penerbangan sehari kepada dua penerbangan sehari bermula Desember tahun ini.
00:12Langkah itu sekaligus meningkatkan ketersambungan laluan udara antarabangsa Sabah
00:16menjelang kimpin Visit Sabah 2027.
00:21Peningkatan kekerapan penerbangan itu diumumkan semasa kunjungan
00:25Hormat Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Dato' Jafri Arifin
00:29kepada penolong Presiden Spring Group di Shanghai pada Rabu.
00:33Sambil menyambut baik peningkatan kekerapan tersebut,
00:36Jafri menyatakan ia akan menyediakan lebih banyak tempat duduk dan akses yang lebih baik
00:40dari salah satu pasaran pelancongan antarabangsa utama Sabah.
00:44Katanya kekerapan ini membuka akses yang lebih baik dan peluang lebih besar
00:48untuk membawa pelawat dari China ke Sabah dalam usaha membina momentum ke arah Visit Sabah 2027.
00:54Jafri berkata keputusan Spring Airlines untuk meningkatkan kekerapan penerbangan
00:59walaupun dalam keadaan operasi yang mencabar menunjukkan keyakinan berterusan terhadap pasaran Sabah.