Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Firma Malaysia boleh meneroka peluang untuk disenaraikan di bursa saham tertua di Asia, Bombay Stock Exchange (BSE) yang mempunyai nilai pasaran kira-kira AS$5 trilion, dengan lebih 255 juta pelabur berdaftar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Firma Malaysia yang mahu memperluaskan perniagaan ke India kini mempunyai peluang untuk mendapatkan pembiayaan dan akses kepada jutaan pelabur
00:08menerusi Bombay Stock Exchange BSE, bursa saham tertua di Asia dengan nilai pasaran mencecah kira-kira 5 triliun dolar Amerika
00:18Syarikat.
00:19Menurut Ketua Produk, Dasar dan Strategi BSE, Rudraj Kunde, syarikat multinasional termasuk dari Malaysia
00:27boleh meneroka tiga saluran utama untuk disenaraikan di bursa itu.
00:34Kaedah paling mudah adalah dengan menubuhkan anak syarikat di India sebelum mengumpul modal melalui pasaran saham tempatan selepas operasi perniagaan
00:43berkembang.
00:45Antara contoh yang diketengahkan ialah Hyundai dan LG yang memiliki operasi di India sebelum memanfaatkan pasaran modal negara itu.
00:52Selain itu, syarikat asing turut boleh mengakses pasaran India menerusi mekanisme Resip Depository India
01:00sama seperti konsep American Depository Receips yang digunakan di pasaran global.
01:06Saluran ketiga pula adalah melalui bursa kewangan di Gif City Gujarat
01:10yang membolehkan syarikat antarabangsa mengumpul dana dalam denominasi dolar Amerika Syarikat.
01:17BSE yang ditubuhkan pada tahun 1875 kini menempatkan syarikat-syarikat dengan nilai pasaran keseluruhan sekitar 5 triliun dolar Amerika Syarikat.
01:28Pada masa sama, operasi dagangannya disokong sistem elektronik berkelajuan tinggi
01:32yang mampu memproses pesanan dalam tempoh kira-kira 6 mikro saat
01:36bagi memenuhi keperluan pelabur institusi dan transaksi berskala besar.
01:41Terima kasih kerana menonton!

Recommended