Skip to playerSkip to main content
Selak baju jiran sedang tidur, tukang mesin rumput dipenjara 11 bulan

Seorang tukang mesin rumput dipenjara 11 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Rabu selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan termasuk mencabul jiran yang sedang tidur minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Najib Iqbal Saleh, 21, turut membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan penyalahgunaan dadah sejurus kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797533/berita/semasa/selak-baju-jiran-sedang-tidur-tukang-mesin-rumput-dipenjara-11-bulan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang tukang mesin rumput dipenjara 11 bulan oleh Mahkamah Magistrat Air Keroh pada Rabu
00:06selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan termasuk mencabul jiran yang sedang tidur minggu lalu.
00:12Tertuduh, Muhammad Najib Iqbal Saleh, 21 tahun, turut membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan penyalahgunaan dadah.
00:19Mengingkap pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 41 tahun
00:26dengan niat mencabul kehormatannya di sebuah humah di Tanjung Keling, Melaka Tengah, 16 September lalu.
00:33Mengikut fakta kes, mangsa sedang tidur di dalam bilik sebelum tersedar dan mendapati tertuduh berada di atas katilnya sebelum mencabul
00:42mangsa.
00:42Mangsa kemudian menjerit dan berlaku pergelotan apabila tertuduh bertindak agresif serta enggan melepaskannya
00:49menyebabkan mangsa mengalami luka kecil di bahagian bawah bibir sebelah kanan.
00:54Mangsa mengesyaki tertuduh memasuki rumah berkenaan melalui pintu yang tidak berkunci
01:00dan hanya disendal menggunakan tukul besi bagi memudahkan anaknya pulang lewat memasuki rumah.
01:06Tertuduh kemudian ditangkap selepas laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.
01:10Dalam proseding sama, tertuduh turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberikan kepada dirinya sendiri
01:16dadah berbahaya jenis amfitamin dan metamfitamin.
01:20Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap tertuduh bagi kesalahan mencabul
01:26bermula dari tarikh tangkap pada 17 September lalu.
01:30Bagi kesalahan dadah pula, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan
01:34yang bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara
01:38bagi kesalahan mencabul selain dikenakan pengawasan polis selama dua tahun.
01:47Wadaharaya
01:48Wadaharaya
01:49Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended