00:00Sabah mahu melahirkan generasi yang bukan sekadar menjadi pengguna teknologi, sebaliknya berupaya memahami, menghasilkan penyelesaian, mencipta nilai dan membangunkan inovasi
00:10yang bersesuaian dengan keunikan serta keperluan negeri.
00:14Ketua Menteri Sabah Datuk Suri Haji Nur berkata, penguasaan bidang sains, teknologi dan inovasi STI kini bukan lagi satu pilihan,
00:22sebaliknya keperluan penting bagi memacu pertemuan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
00:30Menurutnya, perkembangan pesat kecerdasan buatan AI, automasi, teknologi digital, bioteknologi, teknologi angkasa dan tenaga boleh baharu kini membentuk semula cara
00:39manusia belajar, bekerja serta menjalankan perniagaan.
00:43Dalam keadaan ini, semua pihak tidak boleh hanya sekadar melihat atau menjadi pengguna teknologi semata-mata, sebaliknya perlu membangunkan generasi
00:51yang mampu memahami teknologi, menghasilkan penyelesaian, mencipta nilai dan membina inovasi yang sesuai dengan keunikan serta keperluan negeri ini.
01:00Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan program pembudayaan STI bersepadu di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Kedua Universiti Malaysia Sabah UMS
01:10pada Rabu.
01:10Teks ucapan beliau disampaikan Pembantu Menteri Wanita, Kesehatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Datuk Rina Jainal.
01:18Haji Ji berkata pengawasan STI amat penting bagi membantu menjayakan agenda Halatujia Sabah Maju Jaya SMJ 2.0 termasuk melahirkan
01:27tenaga kerja berkemahiran dalam bidang AI, teknologi digital dan sektor strategik berimpak tinggi.
01:33Menurutnya, Sabah mempunyai kekuatan tersendiri menerusi kejayaan biodiversiti, sumber semula jadi, keperbagaian budaya dan potensi ekonomi yang luas untuk diperkasakan
01:44melalui penyelidikan serta inovasi.