00:00Pengasas bersama dan penasihat AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandez menafikan syarikat penerbangan tambang rendah itu sedang berunding dengan kerajaan
00:08bagi mendapatkan bantuan penyelamatan ataupun bailout.
00:12Beliau berkata, AirAsia terbuka menerima sebarang bentuk sokongan yang boleh membantu syarikat mengharungi cabaran operasi semasa.
00:22Menurut Fernandez, AirAsia pernah berjaya mengharungi pandemik COVID-19 tanpa sutikan dana kerajaan dan kini berdepan tekanan akibat kenaikan kos
00:30mahan api yang menjejaskan industri penerbangan global.
00:33Fernandez menjelaskan AirAsia telah menerima pelbagai bentuk sokongan operasi daripada rakan industri, antaranya kerjasama dengan Malaysia Airports Holding Berhad bagi
00:43mengurangkan kos pengendalian darat serta kemudahan kredit yang disediakan oleh Petronas.
00:48AirAsia turut mengambil beberapa langkah penjimatan termasuk mengurangkan penggunaan pesawat yang kurang cekap bahan api, menutup laluan yang tidak menguntungkan
00:57serta memperlahankan pertumbuhan operasi di Indonesia dan Filipina.
01:01Syarikat itu juga memanfaatkan teknologi kesedasan buatan bagi membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan meningkatkan kecekapan operasi.
01:10Bagaimanapun, Fernandez sebelum ini menafikan dakwaan bahawa syarikat berkenaan memerlukan bantuan penyelamatan kerajaan.
01:17Pada suku kedua tahun ini, AirAsia melaporkan kerugian bersih sebanyak RM831 juta sebahagiannya disebabkan peningkatan kos wahan api dan kerugian
01:27pertukaran matawang asing.