Skip to playerSkip to main content
  • 33 minutes ago
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan hari ini berkata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seluruh pimpinan Dewan Tertinggi, parti-parti komponen serta Friends of BN turut menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas limpah memperkenan keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman tahanan di rumah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Barisan Nasional BN menyambut keputusan pengampunan bersyarat yang diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada bekas Perdana Menteri
00:08Datuk Seri Najib Razak dengan penuh kesyukuran, ketenangan dan adab serta menghormati segala syarat dan proses yang telah ditetapkan.
00:17Setiusaha Agong BN, Datuk Seri Zamri Abdul Khadir berkata, pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, seluruh pimpinan Dewan Tertinggi,
00:26parti-parti komponen serta Friends of BN turut menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas limpah memperkenan keputusan lembaga pengampunan yang
00:37membolehkan Najib menjalani baki hukuman tahanan di rumah.
00:40Zamri menerusi satu kenyataan pada Jumaat berkata BN akan terus berpegang teguh pada prinsip Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Kedaulatan
00:51Undang-Undang yang menjadi tunjang keamanan, kestabilan serta kemakmuran negara.
00:56Katanya keputusan itu amat besar maknanya kepada Najib dan keluarga beliau, malah kepada seluruh keluarga besar BN yang sentiasa menitipkan
01:06doa dan mengharapkan agar segala urusan beliau diberi kelancaran.
Comments

Recommended