00:00Mari kita lihat apata dan juga gambaran besar berkenaan dengan kebakaran yang sedang berlaku di negara jiran khasnya di Kalimantan.
00:07Seperti tadi menyebut bahawa Kalimantan di selatan dan juga barat antara yang paling teruk terjejas.
00:11Ini adalah laman web APMS ASEAN yang menunjukkan titik-titik panas iaitu kawasan yang masih lagi berlaku kebakaran di negara
00:19jiran.
00:20Seperti yang kita lihat di sini kebanyakannya tertumpu kepada kawasan pertengahan Kalimantan dan juga secara keseluruhannya adalah ke selatan Kalimantan.
00:27Titik-titik merah ini adalah titik ataupun lokasi yang berlakunya kebakaran yang mengharapi ataupun mempunyai kepastian yang tinggi.
00:36Bermaksud tinjauan dan juga indeks ini agak pasti bahawa kebakaran masih lagi aktif di kawasan-kawasan ini.
00:42Kalau kita lebih boleh dekatkan untuk memberikan gambarannya lebih jelas.
00:46Ini adalah kebakaran aktif yang masih lagi menyumbang secara aktif asap dan juga jerebu kepada Indonesia dan juga sudah tentu
00:53di negara kita.
00:53Di samping negara-negara jiran di Singapura.
00:55Manakala titik kuning ini adalah titik yang berada pada kepastian yang sederhana, medium confidence hotspot.
01:02Tapi secara keseluruhannya kalau kita lihat mungkin lebih banyak titik merah.
01:05Secara keseluruhannya masih lagi banyak titik yang ada.
01:09Bermakna sama ada ia kepastian sederhana atau kepastian tinggi.
01:13Jumlah kebakaran terbuka yang berlaku di negara jiran di Kalimantan secara spesifiknya.
01:18Masih lagi terlampau banyak dan dijangkakan terus menyumbang kepada jerebu yang sampai ke negara kita.
01:23Selain itu kalau kita lihat ke arah barat di Kepulauan Sumatera juga ada beberapa titik panas yang masih lagi aktif
01:32di situ.
01:32Kebakaran yang masih lagi aktif yang juga turut menyumbang kepada jerebu di kawasan Malaysia, Singapura dan juga Indonesia secara khasnya,
01:43secara spesifiknya.
01:43Kalau kita lihat di sini, kalau kita boleh nampak di sini, kawasan yang dibulatkan atau diletakkan secara kuning ini adalah
01:52kawasan yang terjejas dengan jerebu setakat ini pada tahap sederhana.
01:55Manakala kawasan merah adalah kawasan yang mempunyai jerebu yang paling tebal akibat daripada kebakaran-kebakaran ini.
02:03Dan mengapa ataupun apa yang kita boleh jangkakan bergerak kehadapan berkenaan dengan tren jerebu hasil daripada kebakaran hutan ini adalah
02:10aliran angin.
02:11Kelajuan dan arah tiupan angin yang akan membawa asap itu ke negara kita.
02:16Dan kalau kita lihat arah tiupan angin daripada Kalimantan ini ditiup ke Semenanjung kemudian ia juga membelok sedikit ke Borneo
02:24iaitu ke Sarawak khasnya.
02:26Dan itulah sebabnya mengapa jerebu yang kita saksikan terutamanya di Semenanjung sejak dua atau tiga hari yang lepas itu agak
02:34buruk kerana asap ini membawa ataupun angin ini membawa asap jerebu ini ke negara kita.
02:40Masih lagi dikemas kini untuk yang terbaru tetapi kita boleh lihat di belakang itu di sini hasilnya adalah ini.
02:45Kebanyakan kawasan di Semenanjung masih lagi merekodkan IPO yang tidak sihat.
02:51Kuning hampir semua kawasan ataupun bandar-bandar utama di pantai barat dan juga di pantai timur sebenarnya.
02:58Dan kita lihat sekat ini mungkin agak mengejutkan di Borneo, di Kuching dan juga di Sarawak khasnya kebanyakannya jika semua
03:05sebenarnya berada pada warna biru ataupun hijau bermakna kualiti udara yang baik, kualiti udara yang sederhana bermaksud ia adalah bertambah
03:13baik.
03:14Bukan seperti mungkin seminggu lepas di mana kita saksikan yang terburuk kesannya adalah di Sarawak khasnya di selatan Sarawak ataupun
03:21di barat Sarawak sebenarnya.
03:22Kuching, Serian, Seri Aman dan sebagainya.
03:25Alhamdulillah sudah pulih 63, 52 berada di dua digit tapi sekarang ini impak terbesar beralih pula ke Semenanjung termasuk di
03:32sini di Kuala Lumpur.
03:33Kalau anda lihat di luar sana, jarak perlihatan tidak begitu jauh.
03:36Kalau kita lihat pemandangan skyline, bangunan-bangunan kita nampak kekaburan itu, kita nampak jerebu dan asap itu.
03:43Jadi kita bersedia untuk keadaan jerebu yang sama ada semakin memburuk atau setidak-tidaknya kekal buruk malangnya untuk dua atau
03:50tiga hari akan datang.
03:52Baik, kita akan kemas kini dari semasa ke semasa.
03:54Setidaknya, setidaknya bagi anda di luar sana, kekal di dalam rumah, kurangkan aktiviti luar ataupun hentikan aktiviti luar sekiranya mungkin
04:01buat masa ini untuk menjaga kesihatan anda dan juga orang-orang yang tersayang khasnya mereka yang berisiko tinggi.
04:08Orang berusia, warga emas, anak-anak kecil dan mereka yang mungkin mempunyai penyakit respiratory, penafasan seperti asma dan juga sebagainya.
Comments