Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Interaksi sosial antara rakyat Semenanjung, Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh melalui pendidikan dan program komuniti bagi meningkatkan kefahaman, mempererat hubungan serta menghayati semangat Hari Malaysia secara lebih bermakna.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Interaksi sosial antara masyarakat Semenanjung, Sabah dan Sarawak perlu diperkasa secara lebih agresif bagi meningkatkan kefahaman serta mengukuhkan hubungan antara
00:10rakyat di seluruh negara.
00:12Fellow penyelidik kanan Institut Kajian Etnik Kita, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madia Dr. Zaini Osman berkata usaha itu perlu melangkaui
00:21pendekatan berbentuk simbolik atau sekadar sambutan perayaan.
00:26Menurutnya, institusi pengajian tinggi boleh menjadi platform penting untuk memperluas interaksi menerusi dasar yang menggalakkan pelajar dari Semenanjung, menuntut ilmu
00:36di Sabah dan Sarawak dan sebaliknya.
00:38Bagi saya secara peribadi daripada pemerhatian saya, kita perlu mempertingkatkan interaksi sosial secara lebih agresif.
00:49Misalnya, kalau dalam bidang pendidikan, kita ada lebih kurang 20 institusi pengajian tinggi.
00:55Kita ada Universiti Malaysia Sabah, kita ada Universiti Malaysia Sarawak, kita ada Universiti Malaysia Kantan.
01:02Almost di setiap negeri kita ada institusi pengajian tinggi.
01:06Mengapa tidak daripada kita menghantar pelajar-pelajar ini belajar di luar negara, why not kita adakan satu program, bukan program
01:17ataupun satu dasar di mana menggalakkan pelajar-pelajar di Semenanjung untuk belajar di Borneo misalnya, di Sabah dan Sarawak.
01:27dan juga pelajar-pelajar di Sabah dan Sarawak datang belajar di sebelah Semenanjung.
01:31Dengan cara interaksi ini melalui institusi pengajian tinggi, dia akan mempertingkatkan kefahaman ilmu kita.
01:37Dan pada masa yang sama, agensi-agensi lain seperti Kementerian Pengangkutan, Kementerian-Kementerian yang terkait dengan pembangunan pendidikan ini perlu
01:47beri kerjasama untuk mendokong program ataupun dasar-dasar yang sebegini.
01:54Jadi dengan cara ini, interaksi sosial itu tidak hanya wujud dalam bentuk kosmetik tadi.
02:01Dia lebih wujud dalam bentuk yang lebih bersifat realiti dalam konteks kefahaman ilmu di institusi-instusi pengajian tinggi yang ada
02:09di negara kita.
02:11Misalnya, di Johor ada pasar Borneo.
02:16Sempena sambutan Hari Malaysia, beliau berkata komuniti berkenaan wajar diberi ruang lebih besar untuk berkongsi pengalaman dan perspektif mengenai kehidupan
02:25suatu hubungan antara wilayah.
02:27Beliau berkata usaha mengangkat pengalaman komuniti tersebut penting bagi memperluas kefahaman rakyat terhadap keperbagaian identiti dan pengalaman masyarakat Malaysia sekaligus
02:36menjadikan semangat Hari Malaysia lebih bermakna.
Comments

Recommended