Skip to playerSkip to main content
  • 28 minutes ago
Kerugian akibat penipuan bilik sembang tip saham di Korea Selatan meningkat hampir 20 peratus pada separuh pertama 2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jumlah kerugian yang dilaporkan pedagang runcit Korea Selatan akibat penipuan pelaburan meningkat hampir 20% kepada kira-kira 250 juta
00:10dolar Amerika pada separuh pertama 2026.
00:13Data polis menunjukkan sebanyak 3,506 kes berkaitan kumpulan mesej tip saham disiasat dari Januari hingga Jun melibatkan kerugian 336
00:24bilion won atau 247.84 juta dolar.
00:30Jumlah kes meningkat 4.1% berbanding tempoh sama tahun lalu namun nilai kerugian melonjak 19.8% ketika penipu
00:39mengambil kesempatan daripada turun naik pasaran.
00:42Peguam pakar penipuan kewangan berkata penjenayah mengeksploitasi kebimbangan pelabur akan ketinggalan daripada lonjakan pasaran terutama dalam kalangan pelabur runcit yang
00:51kurang berpengalaman.
00:52Antara taktik digunakan ialah meninggalkan komen pada video penganalisis broker dan pempengaruh kewangan terkenal sebelum memikat pengikut mereka menyertai mesej
01:01sembang peribadi.
01:02Mangsa kemudian dikenakan yuran langganan untuk mendapatkan cadangan saham atau dipujuk memindahkan wang bagi pelaburan melalui aplikasi palsu.
01:09Dalam satu kes, polis Seoul menahan 10 individu yang disyaki mengendalikan sindikat dari Kemboja dan memperdaya 59 rakyat Korea Selatan
01:18membabitkan kerugian kira-kira 9.9 bilion won.
01:21Seorang pekerja logistik berusia 47 tahun pula kerugian 60 juta won selepas meminjam wang dan terpedaya dengan janji pulangan sehingga
01:30600% melalui sebuah kumpulan mesej palsu.
Comments

Recommended