Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia mencetuskan peningkatan kes masalah pernafasan, selain menjejaskan bekalan air bersih dan memberi kesan rentas sempadan ke Malaysia serta Singapura.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jerebu tebal akibat kebakaran hutan melubungi Pontianak, Kalimantan Barat ketika Indonesia berdepan kebakaran hutan terburuk dalam tempoh 11 tahun.
00:10Penduduk termasuk kanak-kanak mula mengalami masalah kesihatan seperti batuk, sakit tekak, demam dan susah nafas.
00:17Kalimantan Barat antara kawasan paling teruk terjejas akibat cuaca panas dan kemarau yang menyebabkan kebakaran semakin merebak.
00:27Jerebu turut menjejaskan Malaysia dan Singapura akibat asap rentas sempadan.
00:33Ketua Klinik Kesihatan Awam di Pontianak, Popong Solihat berkata jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan akibat masalah penafasan semakin meningkat.
00:44Data Kementerian Kesihatan Indonesia menunjukkan lebih 12.5 juta penduduk di tujuh wilayah di Kalimantan dan Sumatera terdedah kepada Jerebu.
00:53Kes masalah penafasan berkaitan kebakaran meningkat lebih 2 kali ganda kepada 113,336 kes setakat 9 September berbanding 50,891
01:06kes pada 1 September.
01:08Dari Januari hingga Julai kira-kira 202,000 hektar kawasan di Indonesia terbakar.
01:15Penduduk turut berdepan kekurangan air bersih akibat cuaca kering dan sumber air yang tercemar.
01:24Terima kasih telah menonton!
01:26Terima kasih telah menonton!

Recommended