Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
ATM bersedia mengatur gerak aset TUDM sebagai sokongan sementara bagi pemindahan kecemasan dari kawasan pedalaman Sarawak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Angkatan Tentera Malaysia ATM bersedia mempertimbangkan atur gerak aset udara Tentera Udara di Raja Malaysia TUDM bagi membantu Kementerian Kesihatan
00:09sesulan pegantungan sementara perkhidmatan doktor udara di Sarawak.
00:13Panglima Angkatan Tentera Jenderal Tan Sri Malik Razak Sulaiman berkata, bantuan itu akan dilaksanakan sebagai sokongan sementara bagi mengisi jurang
00:21keupayaan kritikal.
00:24Ia khususnya melibatkan pemindahan udara bagi kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera dari kawasan pedalaman dan sukar di akses.
00:31Bagaimanapun, sokongan itu bukan bertujuan mengambil alih keseluruhan fungsi perkhidmatan doktor udara, sebaliknya memastikan akses kesihatan terus tersedia sepanjang perkhidmatan
00:40berkenaan belum beroperasi sepenuhnya.
00:43Sebarang permohonan akan disalurkan melalui saluran rasmi antara KKM dan ATM sebelum dinilai berdasarkan tahap kecemasan, keperluan semasa, ketersediaan aset,
00:53keadaan cuaca serta keselamatan penerbangan.
00:56Atur gerak aset turut tertakluk kepada keutamaan tugas operasi dan tahap kesiagaan semasa ATM.
01:01Malik Razak menegaskan ATM mempunyai keupayaan dan pengalaman melaksanakan pemindahan udara bagi membantu orang awam yang memerlukan rawatan kecemasan dari
01:10kawasan yang sukar di akses.
01:13Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended