Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas esok teliti langkah segera kurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isu rumah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ia adalah isu kenaikan bil elektrik yang menimbulkan keresahan rakyat.
00:06Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi berkata,
00:11ikhtiar penyasaran subsidi terus dipertahankan untuk melindungi majoriti rakyat.
00:17Bila menjelaskan, sekitar 80% pengguna domestik yang menggunakan tenaga elektrik tidak lebih 600 kW jam sebulan kekal terlindung
00:25dan tidak terkesan dengan kenaikan susulan peningkatan kos bahan api tahun ini.
00:30Namun jelas Perdana Menteri keadaan jerbu serta cuaca yang lebih panas sejak kebelakangan ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam
00:37kalangan sebahagian isi rumah
00:39menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kW jam dan sekaligus tertakluk kepada pelarasan kos bahan api secara otomatik.
00:48Sebuangan itu, kerajaan akan mengadakan bercorat khas esok bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air,
00:56Suruhan Jaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhak TNB dan Kementerian Keuangan untuk meneliti langkah mitigasi segera
01:03untuk mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah yang terlibat.
01:08Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan akan terus memastikan setiap langkah penyasaran subsidi dilaksanakan secara adil dan munasabah
01:15dengan kepentingan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Comments

Recommended