Skip to playerSkip to main content
  • 17 minutes ago
Empat artis menarik diri daripada jelajah Ed Sheeran di Amerika Utara sebagai tanda solidariti terhadap Macklemore, yang digugurkan susulan kontroversi berkaitan kenyataannya mengenai Palestin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jelajah Loop Tour Ed Sheeran di Amerika Utara berdepan gelombang penarikan diri selepas empat artis sokongan mengumumkan keputusan meninggalkan jelajah
00:09itu sebagai tanda solidariti terhadap penyanyi rap Michael Moore yang digugurkan susulan kenyataannya menyokong Palestine.
00:17Empat artis berkenaan ialah Phineas, Lucas Graham, Aaron Roe dan kumpulan Ireland Bioga. Phineas berkata artis tidak seharusnya disenyapkan apabila
00:28bersuara mengenai penidasan manakala Roe merujuk sejarah Ireland sendiri dalam menjelaskan keputusannya.
00:36Lucas Graham pula mempersoalkan penggunaan kuasa dan pengaruh golongan kaya untuk menentukan siapa yang boleh bersuara di pentas.
00:43Michael Moore digugurkan daripada baki jelajah Sheeran selepas membuat kenyataan pro-Palestine ketika persembahan di MetLife Stadium, New Jersey termasuk
00:53melawangkan Free Palestine.
00:55Beliau turut membawakan lagu protes Hans Hall yang berkaitan perang di Gaza.
01:01Promoter jelajah Messina Touring Group mengesahkan beberapa venue tidak akan membenarkan konsep diteruskan jika Michael Moore kekal dalam barisan artis.
01:09Kontroversi itu turut mengaitkan pemilik New England Patriots dan Gillette Stadium, Robert Kraft.
01:15Kraft, seorang tokoh perniagaan dan penderma utama kepada usaha berkaitan Komuniti Yahudi serta Israel, menerima Genesis Prize pada 2019 atas
01:24sumbangannya kepada Komuniti Yahudi dan usaha memerangi anti-Semitism.
01:28Pada tahun sama, beliau menubuhkan Foundation to Combat Anti-Semitism yang kini dikenali sebagai Blue Square Alliance Against Hate.
01:35Kraft mengesahkan beliau memainkan peranan dalam keputusan menghalang Michael Moore daripada membuat persembahan di Gillette Stadium dengan alasan kenyataan dan
01:44bahan persembahan rapper itu serta apa yang disifatkannya sebagai sejarah retorik dan imejan anti-Semitik.
01:50Beliau pun, Michael Moore menafikan dawaan anti-Semitism dan berkata sokongannya kepada Palestine menjadi punca beliau disingkirkan.
01:59Sheeran pula menjelaskan keputusan menggugurkan Michael Moore dibuat oleh promoter dan venue bukannya beliau sendiri selepas beberapa stadium memberi tekanan
02:07untuk menolak penyertaan penyanyi rap itu.
02:09Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended