Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat memperkukuh perpaduan dan memelihara keharmonian demi membina Malaysia yang lebih makmur.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kekuatan Malaysia terletak pada kesatuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, budaya dan juga latar belakang.
00:09Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perbezaan bukan penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan yang membentuk identiti negara.
00:17Dalam perutusan sempena hari Malaysia, beliau berkata perjalanan negara sejak 1963 membuktikan kemajuan dan kesejahteraan hanya dapat dibina apabila rakyat
00:27bergerak bersama,
00:27saling menghormati serta memelihara keharmonian.
00:32Zahid turut menyeru rakyat untuk terus memelihara semangat kebersamaan dan memperkukuh perpaduan.
00:38Usaha itu katanya penting untuk membina Malaysia yang lebih makmur, berdaya tahan dan disegani.

Recommended