Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan, pandangan yang disuarakannya dalam mesyuarat rasmi Lembaga Pengampunan, Jumaat lalu berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak dibuat secara jujur dan berterus terang, berlandaskan hati nurani serta demi kepentingan negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Fiskutuan, Hannah Yeo, menjelaskan pandangan yang disuarakannya
00:04dalam mesyuarat rasmi lembaga pengampunan pada Jumaat lepas berhubung permohonan pengampunan
00:10Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat secara jujur dan berterus terang, berlandaskan hati nurani
00:16serta demi kepentingan negara. Katanya pandangan itu diberikan selepas meneliti pendapat bertulis
00:22penguam negara selain atas kapasiti beliau sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Fiskutuan.
00:30Menurut Hannah, selaras dengan perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Kuasa dan Keputusan Mugtama terletak
00:36di tangan yang Diputuan Agong termasuk untuk menangguhkan apa-apa keputusan mengenai pengampunan bekas Perdana Menteri itu.
00:42Penjelasan itu, susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi
00:47Datuk Seri Azalina Uthman Said bahawa sebarang penjelasan atau persoalan berhubung penangguhan keputusan
00:51permohonan pengampunan Najib perlu dirujuk kepada Hannah. Azalina menjelaskan, beliau bukan Menteri yang bertanggungjawab
00:57terhadap lembaga pengampunan manakala bahagian hal Iwanda Undang di bawah Kementeriannya hanya berperanan sebagai Sekretariat.
01:04Yang Diputuan Agong, Sultan Ibrahim sebelum ini berkenan supaya permohonan pengampunan Najib
01:08ditangguhkan ke mesyuarat lembaga pengampunan yang akan diadakan kelak.
01:12Mesyuarat tersebut melibatkan Hannah.io selaku Menteri yang bertanggungjawab di samping Peguam Negara
01:16Tan Sri Muhammad Dusuki Muhtar serta tiga ahli yang dilantik oleh Yang Diputuan Agong, Sultan Ibrahim.
01:21Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan
01:27mengekalkan sahabatan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya berhubung
01:33kes SRC International Sunyan Berhad.
01:35Lembaga pengampunan berlaku dan persekutuan kemudian mengurangkan hukuman tersebut
01:38kepada 6 tahun penjara dan denda RM50 juta pada Februari 2024.
01:43Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended