00:00Selepas lebih dua dekad, Malaysia bakal menggunakan MyCard Generasi Baru yang tampil dengan reka bentuk modern serta ciri keselamatan yang
00:08dipertingkatkan.
00:09Jabatan Pendaftaran Negara atau JPN memaklumkan pengeluaran MyCard Generasi Baru akan bermula pada 17 September ini.
00:17MyCard Generasi Baru diperkenalkan sebagai evolusi identiti nasional yang seiring dengan perkembangan teknologi dan perubahan zaman.
00:24JPN memaklumkan sebanyak 40 cawangan JPN yang dilengkapi pusat cetakan di seluruh negara akan menawarkan pengeluaran MyCard Generasi Baru dengan
00:34tempoh siap pada hari yang sama.
00:36Bagi cawangan yang tidak mempunyai kemudahan cetakan, permohonan masih boleh dibuat seperti biasa dengan tempoh siap dalam masa lima hari
00:44bekerja.
00:44JPN turut menggalakkan orang ramai mendapatkan maklumat lanjut mengenai lokasi cawangan yang terlibat serta prosedur permohonan menerusi portal rasmi JPN
00:54di www.jpn.gov.my.
00:57Pengenalan MyCard Generasi Baru itu dijangka meningkatkan tahap keselamatan dokumen pengenalan diri rakyat Malaysia selain menyokong usaha pendigitalan dan pemodenan
01:07perkhidmatan kerajaan.
01:14Terima kasih kerana menonton!
Comments