Skip to playerSkip to main content
  • 18 minutes ago
Rusia menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan baharu mengenai konflik Ukraine, manakala Kyiv memberi isyarat positif terhadap cadangan gencatan senjata dalam sektor tenaga. Isu itu dijangka dibincangkan oleh Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dan Presiden AS Donald Trump di New York.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rusia bersedia untuk mengadakan pusingan baru rundingan berhubung konflik Ukraine sementara Kiev memberi isyarat positif terhadap cadangan gencatan senjata dalam
00:09sektor tenaga.
00:11Menteri luar Rusia, Sergei Lavrov berkata Moskow tidak pernah menolak usaha diplomatik untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang berlarutan.
00:20Bagaimanapun, Lavrov menegaskan bahawa pendidikan Rusia berhubung Ukraine tidak berubah dan objektif operasi ketenteraan khas yang dilancarkan Moskow akan diteruskan.
00:30Beliau turut menegaskan Rusia tidak akan menghentikan operasi ketenteraannya sepanjang tempoh rundingan itu berlangsung.
00:36Sementara itu, Menteri luar Ukraine Andriy Shibihar berkata Kiev bersedia mencapai persetujuan gencatan senjata dalam sektor tenaga dengan Rusia.
00:45Menurutnya, pendirian Ukraine itu telah dimaklumkan kepada rakan-rakan antarabangsa dan beberapa negara sahabat turut mengemukakan cadangan bagi merealisasikan usaha
00:54berkenaan.
00:54Pada Isnin, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky maklumkan bahawa Kiev terbuka untuk bincangkan gencatan senjata dalam sektor tenaga.
01:02Beliau dijangka membangkitkan perkara itu dalam pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di New York antara 21 hingga 23
01:10September.
01:10Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended