00:00Rakyat perlu bergerak melangkaui sekadar bertolerasi dan belajar meraihkan perbezaan, terutama apabila perbahasan awam mengenai kaum dan agama mudah diputar
00:11belit oleh maklumat salah serta ucapan kebencian, kata Ahli Parlimen Indramah Kota Saifuddin Abdullah.
00:18Saifuddin mengulas kenyataan pengurusi eksekutif FMT Nelson Fernandes pada New Muslim Community Conference yang menyentuh keperluan belas ikhsan ketika melapor
00:29dan membincangkan isu kaum serta agama.
00:32Fernandes berkata bilik berita mempunyai peranan membawa perbincangan awam melangkaui konfrontasi selain menyatakan perbincangan mengenai agama sering kekurangan kasih sayang,
00:44belas ikhsan dan kebaikan.
00:46Saifuddin berkata mesis itu penting kerana isu sensitif termasuk yang menyentuh kaum dan agama mudah terdorong kepada pelaporan salah, maklumat
00:56mengelirukan dan ucapan kebencian.
00:59Menurutnya toleransi semata-mata kadangkala boleh bermaksud sekadar menahan atau menerima kewujudan mereka yang berbeza.
01:07Jadi katanya kerangka yang lebih baik ialah meraihkan kepelbagaian kerana ia menggalakkan rakyat melihat perbezaan sebagai sebahagian kekuatan negara.
01:17Azurin Zainal, FMT
Comments