00:00Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman mengenai pembayaran interim kepada Sarawak pada 16 September ini sempurna sambutan Hari Malaysia
00:09di Kuching, Sarawak.
00:11Anwar berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Premier Sarawak Abang Johari Opey berhubung bayaran itu selepas mengambil kira kedudukan
00:19kewangan negara.
00:20Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963-2026 di Kota Kinabalu yang turut dihadiri Ketua
00:31Menteri Sabah Haji Jinur.
00:33Menurut Anwar, Sarawak turut mencadangkan supaya satu formula yang lebih jelas diperkenalkan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara, kemampuan semasa
00:42serta kadar minimum dan maksimum.
00:44Beliau telah meminta Kementerian Kewangan dan Kementerian Kewangan Sarawak berbincang mengenai formula tersebut.
00:51Sementara itu, kerajaan bersetuju menaikkan bayaran interim kepada Sabah sebanyak RM1.5 bilion mulai tahun ini sementara rundingan diteruskan yang
01:01dijangka disalurkan pada akhir Oktober atau awal November depan.
Comments