00:01Pengarah Pilihan Raya PAS dan Perikatan Nasional, Sanusi Nur, berkata keikhlasan PAS tidak perlu diuji kerana UMNO sendiri tidak melepaskan
00:10mana-mana kerusi DUN kepada parti itu pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.
00:15Sanusi berkata keikhlasan UMNO setakat ini hanyalah berpakat untuk saling memberi undi, bukannya melepaskan kerusi DUN.
00:23Beliau mengulas seruan timbalan Presiden UMNO Muhammad Hassan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
00:30Antara lain, mahu PRN Terengganu diadakan bagi membuktikan keikhlasan bekerjasama.
00:35Media melaporkan Sanusi turut mempersoalkan kerusi UMNO yang telah diserahkan kepada PAS di Johor, Negeri Sembilan atau Melaka
00:43sambil mendakwa UMNO hanya mempertahankan kerusi sedia ada dan bertanding di kawasan bukan milik Barisan Nasional termasuk kerusi Pakatan Harapan.
00:53Pada PRN Terengganu 2023, UMNO tumpas di semua 27 kerusi ditandingnya manakala PN menyapu bersih keseluruhan 32 DUN dengan PAS
01:04menang 27 manakala bert 1-5.
Comments