00:00Pihak berkuasa Indonesia menahan 30 rakyat Malaysia dan seorang warga Taiwan kerana disyaki terlibat aktiviti penipuan dalam talian di Pontianak,
00:09Kalimantan Barat.
00:10Ketua Pejabat Imigresen Pontianak, Sam Fernando berkata, rakyat Malaysia berkenaan yang terdiri daripada 22 lelaki dan 8 wanita serta seorang
00:20lelaki warga Taiwan itu dibawa ke Pusat Tahanan Imigresen Pontianak untuk disoal siasat.
00:28Kata beliau, sasaran kemungkinan besar warga Malaysia dan mereka didakwa cuba menipu warga Malaysia.
00:34Tambahnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, tiada warga Indonesia dalam kalangan sasaran.
00:40Sam berkata pejabatnya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan dalam meneruskan siasatan.
00:46Beliau berkata 31 warga asing itu ditahan menerusi operasi bersama polis Bandar Raya Pontianak di sebuah hotel kira-kira 11
00:53.15 pagi selasa, susulan risikan berhubung kegiatan mencurigakan, membabitkan warga asing.
01:00Menurut Sam, beberapa barangan yang dikaitkan dengan aktiviti yang disyaki turut dirampas.
01:06Pihak berkuasa imigresen menjalankan pemeriksaan ke atas identiti mereka, dokumen perjalanan, permit tinggal dan sama ada aktiviti mereka konsisten dengan
01:15permit yang dikeluarkan.
01:17Jelasnya, tiga warga Malaysia didapati tinggal lebih masa, manakala terdapat juga penyalahgunaan permit tinggal untuk aktiviti yang tidak mengikut tujuan
01:25mereka diberikan.
01:26Sam berkata kumpulan itu telah menggunakan 14 bilik di tingkat 3 sebuah hotel untuk mengendalikan aktiviti mereka dan pihak berkuasa
01:34turut mengambil kenyataan daripada pekerja hotel.
01:36Katanya warga asing itu tidak tiba bersama dengan ada yang masuk melalui lapangan terbang Pontianak, lintasan sempadan darat anti-Kong
01:44dan Jakarta menggunakan pelbagai jenis permit imigresen.
01:49Anggaran kerugian belum dapat dipastikan kerana siasatan lanjut masih dijalankan.
Comments