Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Kuala Terengganu menjadi tumpuan Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) untuk luaskan jaringan dan meraih ilmu baharu di Jelajah Jiwa SME 2026.

Kali ini Astro AWANI bawakan tema ekonomi kreatif dan kraftangan, menampilkan pelbagai pengisian dan aktiviti untuk pengunjung.

Laporan penuh bersama Irfan Faruqi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Intro
00:10Bertemu kembali, Kuala Terengganu menjadi tumpuan perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS
00:17untuk luaskan jaringan dan meraih ilmu baru di jelajah jiwa SME 2026.
00:23Kali ini, Astrawani bawakan tema ekonomi kreatif dan kraft tangan menampilkan pelbagai pengisian dan aktiviti untuk pengunjung.
00:32Dan laporan penuh kita bersama dengan rakan setugas Irfan Faruqi.
00:38Terima kasih rakan setugas di pusat penyelan nasia.
00:41Untuk waktu ini, kita ingin bawakan rangkuman untuk hari yang pertama jelajah jiwa SME 2026
00:45langsung di Kuala Terengganu yang dibawakan oleh penajar utama kita Unified Business
00:50yang mana pada hari ini berlangsung majlis pelancaran untuk hari yang pertama selama dua hari kain berkampung di sini.
00:57Dan menarik untuk kita rangkumkan hari pertama ini dengan ucapan yang disampaikan oleh tetamu kita
01:02yang pertama ialah pengarah dan juga ketua pengarah Esra Awani, Cik Zain Puan Arifin
01:06dan juga Puan Nurah Syikin daripada Unified Business yang menyentuh berkenaan dengan konsensus
01:11dan persetujuan mereka bahawa warisan, ekonomi kreatif dan kraft tangan ini puncanya adalah cerita
01:18yang harus diceritakan supaya warisan ini disampaikan daripada generasi ke generasi
01:24dan dengarkan apa yang dinyatakan oleh kedua-dua mereka.
01:27Ini yang kita mahu bina melalui jiwa SME iaitu sebuah ekosistem di mana media, teknologi dan keusahawanan itu
01:36saling melengkapi di antara satu sama lain.
01:39Esra Awani, apa kelebihan kami?
01:41Kami mampu bercerita.
01:44Kami ini ibarat penglih pulara.
01:46Kami mampu menjadikan sesuatu produk ataupun seseorang usahawan itu diangkat.
01:52Dibawa ceritanya, kisahnya mungkin daripada di belakang rumah
01:55ataupun diceruk rantau untuk kita bawa kepada pasaran yang lebih besar
02:00untuk satu peringkat nasional lebih mengetahui tentang seseorang individu ataupun sesebuah perniagaan.
02:06jiwa SME mereka.
02:08Dan akhirnya macam mana kita nak turn kreativiti mereka ni
02:14nak pergi kepada sustainable business.
02:18Daripada rumah belakang sampai lah ke tu.
02:21Itu adalah saya rasa itu adalah connection yang paling
02:24antara kita dengan Estro lah.
02:27Kita mengenepikan segala semua benda
02:29tapi kita ada satu matlamat untuk membina usahawan ini supaya mereka berkembang.
02:34Dan kenyataan daripada Encik Zaiful dan juga Puan Nurah Syikin ini disambut oleh tetamu kehormat kami
02:40iaitu Exko Kerajaan Negeri Terengganu yang menyatakan bahawa betul cerita itu penting
02:45tetapi lebih penting daripada itu adalah untuk pastikan bahawa cerita ini memberikan inspirasi kepada anak muda
02:51untuk meneruskan ekonomi kreatif dan juga keraftangan Terengganu khususnya
02:56supaya ia menjana pendapatan negeri dan seterusnya jadikan sebagai kerjaya.
03:01Kata Exko ini merupakan bukan semata-mata hobi tetapi ia harus menjadi warisan yang diteruskan
03:07daripada zaman ke zaman tetapi bagaimana beliau mengolah idea tersebut
03:13kita dengarkan langsung sebahagian daripada ucapannya ketika majlis prasmihan tadi.
03:16Kita mahu anak-anak muda melihat bidang kreatif bukan sekadar sebagai minat atau hobi
03:25bukan sahaja kita lepas misalnya buat songket yang buatnya orang-orang lama
03:32orang lama lah orang tua-tua tapi tidak diwarisi
03:37pembuatan bot misalnya di Pulau Duyung dulu sangat masyur
03:42Sekarang ini masih lagi ada dan insya Allah kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan
03:49supaya industri bot, industri kreatif dan juga keraftangan ini berkembang
03:55Dan itu segi kerangkuman daripada hari yang pertama
03:58selain daripada sesi podcast yang berlangsung
04:00aktiviti-aktiviti interaktif yang kita ada
04:03dan juga aktiviti bersama dengan usahawan yang kita bawakan sepanjang hari
04:06yang mana akan juga diteruskan esok untuk hari yang kedua
04:10dan juga hari yang terakhir di Kuala Terengganu
04:12dan untuk itu saya mengambil kesempatan untuk mengajak semua
04:14yang menonton dan mendengar di waktu ini
04:16untuk hadir ke Mayang Mall
04:18kerana jajah jiwa SME akan berlangsung untuk satu hari lagi di Kuala Terengganu
04:22membawakan kepada anda kisah-kisah inspirasi ini
04:24selain daripada aktiviti-aktiviti yang lain
04:27Itu sahaja di waktu ini kembali kepada Rakyat Sugas di Pusat Piyaran Asia
Comments

Recommended