00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di New Delhi bagi mengetuai delegasi negara ke sidang kemuncak pemimpin BRICS
00:07ke-18.
00:08Misi diplomasi bermula malam tadi menerusi pertemuan dua hala berprofil tinggi bersama Presiden Rusia Vladimir Putin sebelum sesi pembukaan penuh
00:18sidang kemuncak pada Sabtu.
00:21Pesawat khas membawa Perdana Menteri bersama delegasi mendarat di Pangkalan Tentera Udara Palam AFS Palam tepat jam 6.40 petang
00:30waktu tempatan.
00:31Ketibaan beliau disambut penuh istiadat oleh wakil kerajaan India serta barisan penyambut tertinggi Malaysia.
00:38Barisan penyambut delegasi Malaysia diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Dr. Ahmad Faizal Muhammad,
00:46Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Maklusia Dr. Muhammad Syaharin Umar, Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke India,
00:54Syarifah Eznidia Wafa Saeed Khalid Wafa serta Atasi Pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, Kolonial Dr. Nizlan Muhammad.
01:02Misi empat hari di India ini turut diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri
01:10Sumber Maklusia Datuk Seri Ar-Ramanan.
01:12Sebaik mendaftar masuk di Hotel Penginapan, Perdana Menteri terus memulakan gerak kerja diplomatik menerusi pertemuan dua hala bersama Putin di
01:20Hotel ITC Moria sekitar jam 9 malam waktu tempatan.
01:24Pertemuan empat mata tersebut menjadi medan penting susulan penerimaan rasmi Malaysia sebagai negara rakan atau partner country breaks
01:32dengan tumpuan rundingan menyentuh keselamatan rantaian bekalan makanan, tenaga dan perdagangan dua hala.
01:38Agenda rasmi diteruskan pada Sabtu apabila Anwar menghadiri pembukaan sidang kemuncak di pusat Convention Barat Mandapam
01:45sebelum menyampaikan kenyataan negara berteraskan kerangka kemanusiaan diutamakan atau Humanity First.
Comments