Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
Pihak berkuasa New Delhi, mempertingkat kawalan keselamatan menjelang Sidang Kemuncak BRICS.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pihak berkuasa New Delhi mempertingkat kawalan keselamatan menjelang sidang kemuncak BRICS.
00:06Menurut laporan media antarabangsa, pihak polis membuat persiapan keselamatan menyeluruh
00:10bagi acara antarabangsa berprofil tinggi itu yang dijadol berlangsung pada Sabtu dan Ahad di Barat Mandapam.
00:20Memetik pesuruh jaya khas polis bagian keselamatan perlindungan Manish Kumar Agrawal,
00:25kira-kira 15,000 anggota polis dan 200 kumpulan pasukan separa tentera ditempatkan di Ibu Negara
00:31sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan.
00:34Pegawai mengenalpasti 22 lokasi utama bagi lencongan trafik dan lebih 35 jalan utama
00:39yang mungkin ditutup sementara atau dilencongkan apabila perlu.
00:43Bagi memudahkan pengurusan keselamatan dan trafik, sekolah kerajaan dan swasta di Delhi
00:48ditutup pada Jumaat dan akan dibuka semula pada Isnin.
00:52Pejabat kerajaan turut ditutup susulan penganjuran acara itu.
00:56Syarikat swasta dinasihatkan supaya membenarkan pekerja bekerja dari rumah jika boleh.
01:02Penduduk pula dinasihatkan menggunakan perkhidmatan metro berbanding kenderaan persendirian
01:07jika boleh bagi mengurangkan kesesakan sepanjang sidang kemuncak itu.
01:11Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended