Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Sorotan korporat hari ini menyaksikan Avaland Bhd gagal dalam rayuan untuk membenarkan pembangunan komersial di Lakefront Villa, Cyberjaya, AME Elite Consortium Berhad memperkukuh kedudukan dalam JS-SEZ menerusi pembelian tanah bernilai RM199.8 juta di Johor, manakala Bermaz Auto Berhad mencatat keuntungan bersih RM41.5 juta pada suku pertama FY2027, disokong peningkatan jualan Mazda dan mengumumkan dividen interim 2 sen sesaham.
Transcript
00:01Avalen Berhad dan dua anak syarikatnya gagal meneruskan rayuan bagi membenarkan pembangunan komersial di Lakefront Villa Ziberjaya
00:08selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kebenaran merayu yang dikemukakan syarikat berkenaan
00:14Keputusan itu sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April lalu
00:19ia menghalang sebarang pembangunan komersial di tapak berkenaan
00:22sekaligus mengakhiri usaha undang-undang syarikat untuk membatalkan perintah tersebut
00:27Selain itu Avalen Berhad, Lakefront Residen Srinin Berhad dan Timeless Hector Srinin Berhad turut diarahkan
00:32membayar kos RM50,000 kepada 46 pembeli rumah Lakefront Villa yang mencabar pembangunan tersebut
00:39Sebelum ini ketiga-tiga syarikat berkenaan mengemukakan 11 persoalan undang-undang bagi mendapatkan kebenaran rayuan
00:46Namun keputusan Mahkamah Persekutuan bermakna larangan pembangunan komersial di kawasan Lakefront Villa kekal berkotkuasa sepenuhnya
00:55AME Elite Constrain Berhad memperoleh tanah pegangan bebas seluas 71.42 hektare
01:01bernilai RM199.8 juta
01:03dimukim jeram batu pontian bagi menuhi permintaan pelaburan
01:07yang semakin meningkat di bawah zon ekonomi khas Johor Singapura JSSZ
01:12Menurut syarikat itu, tanah berkenaan mempunyai akses strategik keleboh raya laluan kedua Malaysia Singapura
01:18dan sesuai untuk pembangunan ruang perindustrian bersepadu yang menyokong pertumbuhan pelaburan langsung asing FDI
01:24serta pelaburan domestik DDI
01:26Pemerolehan tersebut akan dibayai menggunakan dana dalaman dan dijangka dimuktamadkan pada separuh pertama 2017
01:33Transaksi itu dilaksanakan melalui anak syarikat milik penuh Pulai Land West Sendir Berhad dan Pulai Land East Sendir Berhad
01:41Secara keseluruhan bersama pembelian tanah terdahulu di Senai
01:45langkah ini akan menambah lebih 80 hektare kepada bank tanah kumpulan
01:49sekaligus memperkukuh kedudukan AME Elite untuk memanfaatkan pertumbuhan sektor perindustrian
01:55dan pelaburan jangka panjang di Johor
01:59Permas Auto Berhad mencatat keuntungan bersih RM41.5 juta bagi suku pertama berakhir 31 Julai 2026
02:07meningkat hampir 4 kali ganda berbanding RM10.6 juta dalam tempoh sama tahun lalu
02:13Prestasi lebih kukuh itu disokong oleh peningkatan jualan kenderaan Mazda di Malaysia
02:18serta sumbangan lebih baik daripada syarikat bersekutu
02:21Hasil kumpulan turut meningkat RM12.6 kepada RM553.1 juta berbanding RM491.3 juta sebelumnya
02:30Segmen jualan kenderaan kekal menjadi penyumbang utama dengan hasil RM484.000
02:35didorong permintaan lebih tinggi terhadap modal Mazda khususnya Mazda 3
02:40Daripada jumlah keuntungan tersebut sebanyak RM45.000.000
02:44boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat
02:46Manakala pendapatan sesaham asas meningkat kepada RM3.57
02:50berbanding RM0.71 pada suku sama tahun lalu
02:54Bagi menghargai pemegang saham, Bermas Auto turut mengumumkan
02:58dividen interim pertama sebanyak RM2 sesaham
03:00bagi tahun keuangan berakhir 30 April 2017
03:03berbanding RM0.75 sesaham yang diumumkan pada tempoh sama tahun sebelumnya
03:08Walaupun pasaran otomatif terus berdepan tekanan persaingan dan lebihan inventory
03:13syarikat kekal optimis terhadap prospek tahun keuangan semasa
03:16menerusi pelancaran modal-modal baharu Mazda dan Expan
Comments

Recommended