Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengeluarkan larangan aktiviti pembakaran secara menyeluruh termasuk pembakaran yang sebelum ini dibenarkan dengan izin pihak berkuasa tempatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu di Indonesia, Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengeluarkan larangan aktiviti pembakaran hutan di seluruh negara.
00:07Menteri Koordinator Bidang Politik dan juga Keamanan Jamari Chanyago mengatakan bahawa larangan tersebut juga termasuk pembakaran terkawal yang sebelum ini
00:15dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
00:18Kalau dilihat, Jamari mengatakan bahawa kebenaran ini sebelum ini boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan itu merujuk kepada aktiviti pembakaran
00:25yang disifatkan berkepentingan awam melibatkan kawasan 2 hektare sahaja.
00:29Ujarnya, larangan menyeluruh aktiviti pembakaran ini adalah bagi menangani risiko kebakaran hutan yang lebih besar dalam situasi kemarau dan fenomena
00:36El Nino semasa.
00:38Tambah Jamari, larangan ini adalah bersifat sementara sehingga cuaca bertambah baik.
00:42Dalam hal itu, beliau memaklumkan ratusan suspek sudah dikenalpasi pihak polis kerana disyaki mencetuskan kebakaran hutan.
00:48Katanya proses perundangan akan dijalankan mengikut tata cara sewajarnya.
00:53Beliau berkata demikian dalam pertemuan bersama dengan 358 perusahaan pemegang hak guna usaha HGU pada Isnin.
01:01Terima kasih.
01:06Terima kasih.
Comments

Recommended