00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Keper Aziz.
00:02Kita mulakan dengan perkembangan berikut di mana rakyat Malaysia yang mempunyai penerbangan ke Jakarta
00:06atau melalui lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta
00:09disarankan menyemak status penerbangan masing-masing
00:12berikutan gangguan akibat Abu Gunung Berapi daripada Gunung Anak Krakatau.
00:17Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, penyebaran Abu Gunung Berapi itu
00:20menjejaskan operasi penerbangan antarabangsa termasuk laluan dari dan ke Kuala Lumpur.
00:25Dalam satu kenyataan, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menyarankan
00:28agar pelawak Malaysia yang terlibat menghubungi syarikat penerbangan
00:31bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung penjadualan semula atau laluan alternatif.
00:36Menurut Kementerian Pengangkutan Indonesia, lapangan terbang Soekarno-Hatta
00:40dan enam lapangan terbang lain ditutup sementara
00:42susulan kesan Abu Gunung Berapi daripada Anak Krakatau.
00:46Antara lapangan terbang yang turut terjejas ialah Radin Inten,
00:49dua di Lampung, Halim Perdana Kusuma di Jakarta dan Husin Sastra Negara di Bandung.
00:55Dalam pada itu, Kedutaan Malaysia turut menasihatkan rakyat negara ini
00:58terus mengikuti perkembangan semasa
01:00dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan
01:02bagi menjamin keselamatan sepanjang tempoh gangguan.
Comments