- 7 minutes ago
Dunia semakin tidak menentu, rakyat terus dihimpit kos sara hidup dan ruang fiskal kerajaan pula terbatas. Mampukah Belanjawan 2027 menjadi benteng ekonomi negara tanpa mengorbankan keperluan M40 dan B40? Niaga AWANI meneliti kedudukan ekonomi Malaysia menjelang pembentangan Belanjawan akan datang.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Belanjawan 2027 dijangka memberi perhatian kepada tekanan kos sehari hidup serta kebajikan M40 dan B40.
00:07Namun, kerajaan bukan sahaja perlu meimbangi keperluan rakyat dengan kemampuan kewangan negara,
00:12malah perlu menyediakan benteng menghadapi ketidaktentuan geopolitik, gangguan perdagangan,
00:17turun naik harga komoditi dan perubahan merantaian bekalan global.
00:21Sebelum tutan serta harapan rakyat dibincangkan, di manakah sebenarnya kedudukan ekonomi Malaysia
00:26dan sebesar mana ruang yang dimiliki kerajaan.
00:29Bersedia dalam talian untuk mengulas lebih lanjut adalah Dr. Mohd Afzal Nizam Abdul Rashid,
00:34Ketua Ekonomi Bank Muhammad Malaysia Berhad. Terima kasih, Dr.
00:37Pertama sekali, jika dibuat satu diagnosis awal,
00:41sejauh mana kukuhnya kedudukan ekonomi Malaysia menjelang belanjawan 2027?
00:47Baik, terima kasih, Nina.
00:48Kalau kita melihat data-data makro ekonomi yang sedia ada,
00:52pertumbuhan ekonomi berada dalam keadaan yang baik.
00:54Dua tahun berturut-turut pertumbuhan ekonomi pada tahun 2024 dan 2025,
00:59negara telah berjaya mencapai suatu pertumbuhan yang agak tinggi iaitu 5.2%.
01:03Dan bagi tempoh separuh tahun yang pertama bagi tahun ini juga,
01:07kita mencatatkan suatu lonjakan pertumbuhan iaitu 5.7%.
01:12Selain itu, kita dapat melihat peningkatan dari segi
01:15approved investment ataupun jumlah pelabur yang telah diluluskan
01:19yang meningkat sebanyak 11.7% pada separuh tahun yang pertama, Nina.
01:24Ini berarti bukan sahaja petunjuk makro ekonomi yang berada dalam keadaan yang baik,
01:29malah dari segi keyakinan ataupun hood of confidence,
01:34terutamanya di kalangan para pelabur, baik di peringkat domestik
01:37ataupun di peringkat asing, telah menunjukkan suatu tahap keyakinan tinggi
01:41terhadap kedudukan ekonomi Malaysia. Justru saya melihat bagi
01:46belanjawan 2027 ini, pihak kerajaan akan menggunakan, saya istilahkan dia
01:52sebagai sweet spot. Kerana kita berada dalam sweet spot.
01:55Kenapakah saya katakan sweet spot itu? Pertumbuhan tinggi 5.7%
01:58tadi dari segi inflasinya itu terkawal. Kalau pada suku kedua,
02:041.9% namun pada bulan Julai yang lalu, 1.8%. Justru sweet spot ini
02:11saya kira akan digunakan dengan sebaiknya, ruang ini digunakan sebaiknya
02:15oleh pihak kerajaan untuk memastikan agenda pembangunan ekonomi yang lebih
02:18adil, lebih terangkum akan dapat dirangka bagi belanjawan 2027
02:23akan dipertangkan pada 9 Oktober nanti.
02:26Melihat juga kepada, ini adalah antara jangkaan tetapi kepada keadaan juga
02:31adakah pertubuhan ekonomi semasa sebenarnya benar-benar diterjemahkan
02:35kepada pendapatan, pekerjaan dan kuasa beli rakyat dan bagaimana untuk kita
02:39melihat kepada ukuran yang tepat?
02:43Saya kira isu berkenaan dengan kos sehari hidup ini merupakan suatu isu
02:48yang sangat universal. Bukan sahaja di Malaysia bahkan di serata dunia
02:52but di negara maju pun sekali. Justru saya kira concern ataupun kebimbangan
02:58terhadap kos sehari hidup ini akan terus mendapat tempat dan di sini saya kira
03:02apa saya kategorikan dia sebagai social safety net itu yang mana salah satunya
03:09bayaran pindahan akan diperkasakan. Kalau tahun ini kita telah menyaksikan
03:14peruntukkan bagi STR dan SAR ditingkatkan ke paras 15 bilion, saya kira pendekatan
03:21yang sama akan digunakan. Mungkin apa yang boleh kita harapkan adalah sasaran
03:27ataupun bayaran pindahan ini lebih bersasar. Kerana saya kira dalam tempoh
03:31setahun lebih ini pihak kerajaan telahpun mengumumkan SARA ataupun SARA yang
03:38bersifat pukal. Kerajaan dah boleh melihat dari segi penggunaan, pola
03:44penggunaannya. Mungkin bagi mereka yang berpendapatan tinggi tidak menggunakannya
03:48justru mungkin terdapat sedikit orang kata itu lebihan ataupun penjimatan yang
03:53boleh disalurkan kepada golongan yang betul-betul memerlukan. Itu dari segi
03:57apa ini bayaran pindahan. Dari segi subsidi pula kita dah melihat tahun ini
04:02peruntukkan ini telahpun meningkat sebanyak 40 bilion bagi subsidi bahan
04:06api. Memandangkan situasi perang di West Asia ataupun di Asia Barat ini
04:12masih lagi berterusan. Saya kira peruntukkan yang besar akan terus diberi
04:16bagi memastikan isi rumah dan juga golongan ataupun komuniti peniaga itu
04:22terutamanya bagi subsidi bahan api diesel akan terus diberi untuk
04:25mengawal ataupun beri sedikit bantuan dari segi kawalan kos bahan api.
04:30Jadi itu antara perkara yang saya kira akan diterapkan selain daripada
04:33mungkin dari segi cukai, pengurang cukai untuk golongan M40. Kalau
04:39belajauan 2023 telah menyaksikan pemotongan 2% bagi taxable income
04:44antara RM35,000 ke RM110 setahun. Mungkin perkara yang sama mungkin akan
04:50dapat dilaksanakan dan kemudian mungkin juga beberapa pelapasan
04:54cukailah kepada golongan M40. Jadi saya kira itu juga sebahagian daripada
04:58agenda yang akan dibawa pada Belanjawan 2027 nanti.
05:02Tetapi Doktor apabila semakin banyak hasil kerajaan sudah terikat kepada
05:06subsidi, bantuan dan khidmat hutang, berapa banyak sebenarnya yang masih
05:10tinggal untuk kerajaan membentuk masa depan ekonomi dan bukan sekadar
05:13membayar komitmen hari ini?
05:15Betul. Kalau kita lihat dari segi ruang fiskal itu sangat-sangat
05:20terhad. Kita melihat pada separuh tahun yang pertama ini defisit fiskal
05:25kerajaan telah pun mencecah 4.2% daripada nilai KDNK. Sedangkan
05:29sasaran pagi tahun ini adalah sekitar 3.5%. Itu yang pertama. Kedua dari
05:35segi saiz hutang kerajaan berada dalam sekitar 65%. Sedangkan dari segi
05:41sasarannya bagi tahun 2030 adalah untuk dicecah orang kata itu
05:46mencapai paras 60% daripada nilai KDNK. Sudah pasti ini menunjukkan
05:52bahawa ruang yang ada dari segi dasar fiskalnya itu tidak banyak dan di
05:56sini perlunya keterlibatan daripada pelbagai agensi-agensi kerajaan
06:02yang lain seperti beberapa GLIC, GLC juga dan beberapa badan yang
06:08berkaitan untuk memastikan bantuan kepada rakyat itu dapat
06:12disalurkan dengan lebih tepat dan bukan setakat bantuan saja yang
06:16Nina tetapi dari segi aspek kapasiti building, pembinaan kapasiti
06:22terutamanya kalau kita bercakap dari segi apa ini usaha
06:26pembinaan kapasiti di kalangan usahawan baik dari segi akses
06:30kepada pembiayaan baik dari segi latihan untuk meningkatkan
06:35keupayaan persaingan di kalangan usahawan kita. Jadi saya
06:38kira perkara itulah yang yang akan disentuh bukan semata-mata
06:43untuk kata itu dari segi cash transfer dan sebagainya tapi
06:47mengambil kira juga apa ruang fiskal kerana ruang fiskal ni
06:51sangat penting selain pada dari segi affordability oleh pihak
06:54kerajaan soal yang lain pula adalah dari segi keyakinan di kalangan
06:58pelabur. Kerana pelabur asing itu apanya sentiasa akan menilai
07:04keupayaan ataupun resilient dari segi kewangan kerajaan
07:09kerana ini akan dijemahkan dalam pergerakan mata wang ringgit
07:12dari segi pasar modal dalam pasaran bond, pasaran ekuiti dan
07:16sebagainya. Juga itu akan diambil kira supaya suatu bentuk
07:19kesimbangan yang bijak dapat dicapai pengakhirannya.
07:25Dan melihat kepada pelanjawan kali ini akan mengambil kira risiko
07:29dunia dan jika satu lagi kejutan geopolitik berlaku pada
07:322027 apakah yang kerajaan terpaksa korbankan terlebih dahulu
07:36sasaran defisit, perbanjakan pembangunan ataupun pelindungan
07:39kos sehari hidup?
07:41Baik, ini memang satu perkara yang saya kira akan sentiasa
07:45menjadi ataupun di bawah radar kerajaan lah kerana kali terakhir
07:49negara apa ini terjerumus ke dalam kekancah kemalaishitan
07:54ekonomi adalah pada tahun 2020 dan kita dapat lihat apabila
07:57berlaku kejutan akibat daripada COVID-19, defisit fiskal itu
08:02terpaksa di orang kata itu being reversed lah kerana tidak boleh
08:07untuk mengecilkan defisit kerana pada ketika berlaku kejutan
08:11keperluan untuk membuat satu intervensi ataupun campur tangan
08:15itu sangat jelas dan kemungkinan untuk peningkatan
08:18kenaikan kadar defisit fiskal itu ada sesuatu yang yang wajar
08:23sebenarnya. Jadi ia amat bergantung kepada skala dan intensiti
08:28dari segi kejutan luaran. Saya melihat kalau dari segi kejutan
08:32ekonomi ini banyak yang akan disumbang oleh faktor luaran lah.
08:36Buat masa ini kita lihat kita risau apa yang berlaku di perperangan
08:39di Iran ataupun di West Asia kesannya kepada bahan api. Kemudian baru-baru
08:44ini kita lihat peningkatan yang agak tinggi dalam dalam kadar
08:48hasil bond ataupun bond yield, long term bond yield di beberapa
08:51negara maju seperti di Amerika Syarikat, di Jepun, di UK dan
08:56sebagainya dan sesuatu situasi ini memberi kesan kepada
08:59kata itu penilaian pasaran modal. Kemudian sudah pasti dari
09:04segi perang tarif yang saya kira akan berterusan dan ini juga
09:09berkemungkinan berpotensilah orang kata itu memberi impak ataupun
09:13risiko dari segi kejutan ekonomi luaran. Jadi kalau berlakulah
09:18kejutan itu dan dilihat kejutan itu berpotensi berisiko untuk
09:23melemahkan pertumbuhan ekonomi negara saya kira sasaran defisi itu
09:27terpaksa di korbankan bagi memastikan kestabila ekonomi itu
09:31dapat dicapai. Jadi bergantung pada keadaannya Nina dia bukan suatu orang
09:36kas in stone ataupun sesuatu yang telah telah ditetapkan
09:39bergantung kepada apa ini evolusi outlook ataupun apa ini unjuran
09:45ekonomi yang bakal kita lihat pada tahun 2027 dan seterusnya.
09:49Middle class selalu dipanggil the missing middle. M40 dan juga B40
09:56terus berdepan dengan tekanan kos sehari hidup. Jika SCR dan SARA
10:00terus diperluas tetapi tekanan kos sehari hidup masih kekal tinggi
10:03doktor. Adakah masalah sebenarnya terletak pada saiz bantuan
10:07atau pada struktur pendapatan rakyat yang terlalu lemah?
10:11Ya ini satu perkara yang saya kira sangat kompleks sebenarnya.
10:14Dari satu segi pihak keraja cubalah kata itu merengankan beban
10:18keuangan melalui bayaran pindahan, pengurangan cukai dan sebagainya.
10:23Namun pada masa yang sama juga untuk bergerak ke hadapan bagi
10:26memastikan apa yang kita panggil sebagai social upward mobility
10:30terutama di kalangan mereka berpendapatan rendah B40 dan juga
10:35bagi M40. Dalam hal ini sudah pasti yang amat berkait rapat tentang
10:39lifelong learning saya nampak dari segi kata itu education, pendidikan
10:43kemudian latihan-latihan yang bersesuaian untuk memastikan
10:46kemahiran yang lebih baik dapat dicapai. Kemudian memastikan
10:51kerancakkan dalam pelbagai industri itu dapat dicapai.
10:55Kerajaan sering menyebut tentang high growth, high value industry
10:58seperti semikonduktor, industri berkenaan renouement energi dan sebagainya.
11:04Kemudian bagaimana kerajaan cuba untuk merancatkan lagi dari segi sektor
11:12keusahawanan dan dari segi keterbukaan negara dalam perdagangan
11:17antarabangsa juga satu aspek yang perlu ditekankan kerana kita berhadapan
11:21dengan keadaan risiko global supply chain yang sentiasa menuntut suatu bentuk
11:27orang kata itu penilaianlah tahan tak bagaimana isu ini
11:31perlu diraihkan. Jadi sebenarnya maksudnya dari segi jangka pendek
11:38bantuan untuk melegakan kewangan di kalangan M40 dan juga MB40 juga
11:42tetap namun dari segi bentuk jangka sederhana dan jangka panjang
11:47adalah berkenaan dengan bagaimana kita meningkatkan dia punya
11:51ceiling itu iaitu sesuatu perkara yang amat bertepatan dalam kerangka
11:55ekonomi pemadani. Bukan sahaja untuk menaikkan lantai tapi
11:59ceiling itu juga penting. Jadi ceiling itu banyak berkaitan tentang
12:03kapasiti building sebenarnya.
12:05Jelas pelanjawan 2027 bukan sekadar soal berapa banyak yang boleh
12:09dibelanjakan tetapi jawam mana setiap ringgit mampu melindungi
12:12rakyat tanpa melemahkan kedudukan kewangan negara.
12:15Dalam dunia yang semakin sukar diramal cabarannya adalah membina
12:17belanjawan yang mampu menangani tekanan hari ini sambil menyediakan
12:20bentuk untuk kerja tuan esok kerana akhirnya daripada seluruh
12:24perbincangan kita jelas kekuatan pelanjawan 2027 bukan hanya
12:27terletak pada besarnya peruntukan tetapi pada sejauh mana ekonomi
12:30negara dan kehidupan rakyat menjadi lebih tahan.
12:32Terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Muhammad Abzanizam
12:34Abdul Rashid. Setiap perkongsian ini akan kami rangkumkan dalam
12:37astroini.com dan di semua platform digital Astro One.
12:40Terima kasih kerana menonton!
Comments