Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Letusan Gunung Anak Krakatau menyebabkan operasi penerbangan di lapan lapangan terbang di Indonesia digantung, sekali gus menjejaskan lebih 1,500 penerbangan dan kira-kira 170,000 penumpang pada Ahad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Letusan Gunung Anak Krakatau menyebabkan operasi penerbangan di 8 lapangan terbang di Indonesia digantung
00:06sekaligus menjejaskan lebih 1,500 penerbangan dan kira-kira 170,000 penumpang pada ahad.
00:13Lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta menggantung operasi penerbangan sehingga 11.59 minit malam
00:18waktu tempatan susulan kehadiran Abu Gunung Berapi menurut pengendali lapangan terbang itu menerusi Instagram.
00:26Kementerian Pengangkutan Indonesia berkata sebanyak 964 penerbangan di lapangan terbang utama Jakarta itu terjejas.
00:35Beberapa syarikat penerbangan termasuk Singapore Airlines, Malaysia Airlines, AirAsia dan Lion Air Group
00:41turut membatalkan penerbangan dari dan ke Jakarta bagi-baki hari berkenaan.
00:47Gunung Anak Krakatau yang terletak kira-kira di tengah-tengah antara Pulau Jawa dan Sumatera
00:51mula meletus pada lewat Jumaat sebelum Abu Gunung Berapi dikesan di kawasan lapangan terbang pada awal ahad.
00:59Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia BMKG melaporkan
01:04Abu Gunung Berapi dikesan pada ketinggian sehingga 6,000 meter di bahagian Jawa
01:08dan 15,000 meter di bahagian Sumatera serta beberapa kawasan di wilayah Banten.
01:14Keadaan itu menyebabkan ratusan penumpang terkandas di lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta.
01:20Kementerian Pengangkutan turut menamakan tiga lapangan terbang di Pulau Jawa
01:24iaitu Kertajati, Ahmad Yani dan Juanda sebagai lapangan terbang alternatif
01:29sekiranya syarikat penerbangan atau pengendali dapat mengalihkan penerbangan mereka.
01:35Agensi Mitigasi Bencana Indonesia BNPB pula merancang melaksana korporasi pengubah suaian cuaca
01:41termasuk kemungkinan pembenihan awan bagi menggalakkan hujan.
01:44Ketua BNPB Suhari Yanto berkata hujan lebat berpotensi membantu membersihkan
01:51abu gunung berapi yang menjejaskan aktiviti harian penduduk.
01:55BNPB turut menggesa orang ramai supaya kekal tenang namun meningkatkan tahap berjaga-jaga.
02:00Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan memakai pelitup muka dan pelindung mata,
02:05mengurangkan aktiviti luar, menutup sumber air serta berhati-hati ketika memandu
02:10kerana abu gunung berapi boleh mengurangkan jarak penglihatan.
02:14Beberapa sekolah turut membatalkan aktiviti pada Sabtu selepas pelajar dan penduduk
02:19mengalami iritasi mata akibat abu gunung berapi,
02:23manakala nelayan membatalkan aktiviti menangkap ikan.
02:27Gabenol Lampung dan Jakarta juga mengarahkan pembelajaran secara jarak jauh
02:31bermula Isnin bagi mengurangkan risiko kesihatan kepada pelajar
02:35susulan keadaan abu gunung berapi.
02:38Dalam perkembangan berkaitan, Gunung Semeru di Jawa Timur
02:41turut meletus pada ahad kira-kira 850 km dari Gunung Anak Krakatau.
02:47Gunung Anak Krakatau kini berada pada tahap amaran 3,
02:50iaitu tahap kedua tertinggi sejak 2 Julai lalu.
02:54Gunung Semeru merapi lewatobi laki-laki dan sinabung
02:57turut berada pada tahap amaran yang sama.
03:02gunung berkaitan, Gunungлин
Comments

Recommended