Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Pakistan menghantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Nepal susulan bencana banjir besar akibat runtuhan glasier. Bantuan itu merangkumi khemah, selimut, kit kebersihan dan ubat-ubatan ketika angka korban meningkat kepada 1,344 orang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pakistan menghantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Nepal bagi membantu mangsa banjir besar yang telah meragut lebih seribu nyawa.
00:09Menurut pihak berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan atau NDMA, penghantaran itu dibuat atas arahan Perdana Menteri Syabas Sharif sebagai tanda
00:17solidariti terhadap rakyat Nepal.
00:20Bantuan berkenaan merangkumi pelbagai keperluan asas termasuk kemah, selimut, kit kebersihan dan bekalan ubat-ubatan.
00:27NDMA berkata penghantaran itu mencerminkan sokongan berterusan kerajaan dan rakyat Pakistan kepada Nepal dalam menghadapi krisis kemanusiaan.
00:36Menurut pihak berkuasa Pengurusan Risiko Bencana Nepal, sekurang-kurangnya 1,344 orang disahkan maut setakat Jumaat lalu.
00:45Dalam masa yang sama, kira-kira 4,887 individu masih dilaporkan hilang termasuk 583 warga asing.
00:53Usaha mencari dan menyelamat kini dibantu pelbagai negara termasuk Australia, Imriah Arab Bersatu, UAE dan India yang menghantar pasukan penyelamat
01:02serta bantuan ke Nepal.
01:05Terima kasih.
01:06Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended