Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Kementerian Belia dan Sukan telah mengemukakan rangka awal cadangan Belanjawan 2027 kepada Kementerian Kewangan, dengan pembangunan sukan akar umbi, penglibatan belia serta kebajikan atlet antara keutamaan yang diberi perhatian.
Transcript
00:00Kementerian Belia dan Sukan telah mengemukakan rangka awal cadangan belanjawan 2027 kepada Kementerian Keuangan dengan pembangunan sukan akar umbi, pelibatan
00:10belia serta kebajikan atlet antara keutamaan yang diberi perhatian.
00:14Menteri Belia dan Sukan Dr. Muhammad Taufik Johari berkata, rangka cadangan itu disediakan berdasarkan maklum balas yang diperoleh menerusi jelajah
00:22belanjawan belia madani yang dilaksanakan di seluruh negara.
00:27Menurut beliau, Kementerian telah mengumpulkan pelbagai pandangan daripada pertubuhan belia, persatuan sukan serta golongan belia bagi membantu merangka keutamaan belanjawan
00:362027.
00:37Beliau berkata, perbincangan awal juga telah diadakan bersama Kementerian Keuangan dan rangka cadangan awal telah dikemukakan untuk pertimbangan.
00:45Antara fokus utama KBS adalah memperluaskan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, khususnya di peringkat akar umbi, sebagai usaha melahirkan lebih
00:54ramai atlet pelapis negara.
00:56Dalam masa sama, aspek kebajikan atlet turut menjadi keutamaan termasuk membabitkan atlet yang masih aktif, sudah besara serta mereka yang
01:04pernah menyumbang kejayaan kepada negara.
01:06Menurut Dr. Muhammad Taufik, usaha itu akan terus diperkukuh menerusi yayasan kebajikan atlet dan inisiatif berkaitan yang disediakan Kementerian.
01:15KBS juga mengambil kira keperluan golongan belia di luar bandar serta mereka yang tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan belia
01:21atau program Kementerian sebelum ini.
01:23Beliau berkata pendekatan itu penting bagi memastikan manfaat dan peluang pembangunan belia dapat dinimati oleh lebih ramai golongan muda di
01:31seluruh negara.
01:33Selain itu, KBS merancang untuk memperluaskan program jelajah ke seluruh negara pada tahun hadapan bagi mendekati lebih ramai anak muda
01:40melalui program berskala besar dan aktiviti komuniti.
01:44Menurut beliau, pendekatan turun padang secara berterusan akan bantu Kementerian memahami keperluan sebenar belia serta memperkukuh penglibatan mereka dalam agenda
01:53pembangunan negara.
01:54Belanjawan 2027 bertemakan Malaysia Madani, menggapai di langit, mengakar di bumi dan jadual dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Keuangan,
02:03Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 9 Oktober depan.
02:07Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended