Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Seorang wanita warga emas di Nepal, Chandika Kumari Shrestha, ditemui hidup selepas 10 hari terperangkap di bawah runtuhan rumah akibat banjir besar dan tanah runtuh. Keluarganya sebelum ini telah menganggap beliau maut dan memulakan upacara berkabung.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Seorang wanita warga emas yang disangka maut berjaya ditemukan hidup selepas terperangkap selama 10 hari di bawah runtuhan rumahnya.
00:10Mangsa Candika Kumari Srestha sebelum ini dianggap antara mangsa yang terkorban selepas gagal dikesan sejak banjir besar melanda kawasan Betrawati.
00:20Malah keluarga mangsa telahpun memulakan upacara berkabung selepas menganggap wanita itu antara ribuan mangsa yang terkorban dalam bencana banjir dahsyat
00:29itu.
00:29Namun, dalam satu perkembangan yang dianggap luar biasa, pasukan penyelamat berjaya menemukan Srestha masih hidup di dalam ruang udara sempit
00:37yang terbentuk di celah runtuhan rumah yang dipenuhi lumpur dan air.
00:42Pegawai polis Mahendra Danal berkata operasi penyelamat yang dijalankan pada Sabtu mengambil masa kira-kira 45 minit sebelum mangsa berjaya
00:50dikeluarkan.
00:51Pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mengesan mangsa yang hilang sambil mengeluarkan mayat daripada timbunan runtuhan.
00:58Menurut pihak berkuasa Nepal, bencana itu telah meragut lebih 1,300 nyawa, manakala ribuan lagi masih belum dapat dikesan.
01:07Lima hari sebelum penemuan Srestha, pasukan penyelamat menemukan 24 mayat dalam keadaan reput di kawasan pasar Betrawati yang tertimbus akibat
01:15aliran banjir.
01:16Penemuan wanita warga emas itu memberikan sinar harapan baru kepada keluarga mangsa yang masih menunggu kabar mengenai nasib orang yang
01:25tersayang.
01:29Hesu
01:31Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended