00:00Amerika Syarikat mengakui kemungkinan perjanjian nuklear dengan Iran tidak akan dicapai dalam masa terdekat.
00:07Menurut setiausaha tenaga Amerika Syarikat, Chris Wright, Washington mungkin perlu terus menumpuhkan usaha menumpuhkan keupayaan nuklear Iran berbanding mengharapkan satu
00:15perjanjian baru.
00:18Katanya beliau juga masih belum pasti sama ada satu perjanjian nuklear mampu dimeterai dalam situasi perang semasa.
00:25Beliau berkata sebarang perspektif persetujuan mungkin hanya dapat dicapai melalui pentadbiran baru di Iran pada masa hadapan.
00:34Tambahnya Amerika Syarikat perlu memastikan Iran tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan senjata nuklear.
00:42Sehubungan itu, tindakan ketenteraan bagi menumpuhkan keupayaan tersebut dilihat sebagai satu pilihan yang masih relevan.
00:48Wright turut mendakwa Iran kini tidak lagi mempunyai keupayaan yang sama untuk menghasilkan peluru berpandu seperti sebelum ini.
00:57Beliau berkata infrastruktur ketenteraan yang digunakan untuk tujuan berkenaan telah terjejas dalam konflik semasa.
01:04Dalam perkembangan berkaitan, Wright berkata purata aliran minyak melalui selak hormus kini melebihi 9 juta tong sehari.
01:11Katanya jumlah itu menunjukkan laluan perdagangan tenaga tersebut terus beroperasi walaupun ketegangan masih berlaku di rantau Asia Barat.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments