Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Polis mengesahkan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dengan kes dadah ditembak mati dalam kejadian di kawasan perumahan di Garden Homes, di Seremban tengah hari, pada Ahad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, polis mengesahkan seorang lelaki tempatan yang disyagih terlibat dengan kes dadah ditembak mati dalam kejadian di kawasan perumahan
00:09di Garden Homes di Seremban pada Ahad.
00:12Ketua Polis Negeri Sembilan Dato' Al-Zafni Ahmad berkata, kejadian berlaku pada jam 1.50 minit petang dan maklumat lanjut
00:19mengenai insiden berkenaan akan dikongsikan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di Ibu Pejabat Daerah Seremban pada Isnin.
00:28Difahamkan lelaki berusia 50-an itu dipercayai mempunyai 8 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah termasuk orang dikehendaki untuk kes
00:36di bawah akta penculikan.
00:39Terdahulu penduduk sekitar yang mahu dikenali sebagai Ali, 72 tahun berkata dia berada di rumah selepas selesai menunaikan solat ketika
00:47dimaklumkan jiran mengenai kejadian berkenaan.
00:49Dia berkata jiran tersebut memaklumkan terdengar bunyi seperti beberapa das tembakan namun dia tidak mendengarnya kerana berada di dalam rumah.
00:57Selepas itu dia ternampak banyak kereta peronda polis dan kawasan menghala lokasi kejadian ditutup dengan pita kuning manakala kenderaan tidak
01:06dibenarkan masuk.
01:07Warga mas itu berkata kira-kira seminggu lepas mereka turut menyedari kehadiran beberapa kereta berhampiran kawasan itu pada waktu tengah
01:14malam sekaligus menimbulkan curiga dalam kalangan penduduk.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended