Minyak Bawang Merah Legakan Selsema

Memang risau kan bila anak-anak terkena batuk dan selsema. Lagi pula tengah musim demam influenza dan jerebu yang tengah melanda negara.

Selain memastikan anak mendapat rehat secukupnya dan rawatan yang sesuai, kita boleh cuba satu petua tradisional yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu, iaitu minyak bawang merah. Ia biasanya digunakan untuk memberikan rasa hangat dan selesa pada tubuh.

Selamat Mencuba.

#RASA #MinyakBawangMerah #PetuaLegakanSelesema #TipDapur #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Memang risau kan bila anak-anak batuk dan selesema, lagi pula tengah musim demam influenza dan jerebu yang sedang melanda
00:07negara.
00:07Selain memastikan anak mendapat rehat secukupnya dan rawatan yang sesuai, kita boleh cuba satu peta tradisional yang sering diamalkan oleh
00:14orang dulu-dulu, iaitu minyak bawang merah.
00:17Ia biasanya digunakan untuk memberikan rasa hangat dan selesa pada tubuh.
00:20Cara nak buat pula memang mudah, hanya perlukan beberapa biji bawang merah dan minyak pilihan seperti minyak zaitun, minyak kelapa
00:27atau minyak masak.
00:28Mula-mula, kupas dan hiris 2 biji bawang merah. Kalau nak tumbuk kasar pun boleh.
00:32Kemudian, campurkan bawang dengan semangkut kecil minyak pilihan dan panaskan sekejap menggunakan api yang sangat perlahan.
00:38Cukup sampai bawang layu je. Tujuannya hanya untuk biarkan pati bawang meresap ke dalam minyak. Jadi, jangan sampai bawang hangus
00:45ya.
00:46Lepas tu, tutup api dan biarkan minyak betul-betul sejuk. Kalau tak mahu ada hampas bawang, boleh tapis terlebih dahulu.
00:52Cara nak guna pun senang. Ambil sedikit minyak, kemudian sapukan secara nipis pada bahagian dada, belakang badan atau tapak kaki.
00:59Elakkan menyapu minyak pada muka, bawah hidung, sekitar mata, kulit yang luka atau kawasan sensitif.
01:04Jika kulit menjadi merah, pedik atau timbur ruam, terus hentikan penggunaannya.
01:08Dan paling penting, petul ini hanyalah ikhtiar tradisional, bukan pengganti rawatan doktor.
01:13Kalau anak susah bernafas, terlalu lemah, kurang menyusu atau minum, atau simptom semakin teruk, segera bawa anak mendapatkan pemeriksaan.
01:21Selamat mencuba. Ingat makan, ingat rasa.

Recommended