Sesekali buat bekal Spageti Bolognese untuk anak pun best jugak. Bukan setakat anak je, bapaknya pun boleh bawa bekal ke pejabat. Resipi min kongsi ni memang mudah. Rasa pun lemak-lemak sebab ada guna susu. Puan-puan boleh cuba. Gerenti menjilat jari!
SPAGETI BOLOGNESE
BAHAN-BAHAN:
1/2 paket spageti - rebus
100gm ayam kisar
1 tin sos spageti
1 tin puri tomato
1 kotak kecil susu full cream
1 biji besar bawang holland - potong dadu
1 batang lobak merah - potong dadu
1 biji tomato saiz sederhana - potong dadu
Daun Oregano kering
Daun parsli kering
1 kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang holland sampai naik bau.
2. Masukkan lobak merah. Tumis sekejap.
3. Masukkan ayam kisar dan susu. Masak sampai ayam serap susu.
4. Masukkan tomato. Kacau sekejap sampai tomato layu.
5. Masukkan sos spageti dan puri tomato. Masukkan air agak2 sos tak terlalu pekat dan masukkan lebihan susu.
6. Masukkan sedikit oregano kering dgn parsley kering utk lebih membangkitkan bau kuah sos.
7. Masukkan kiub ayam. Masak lagi sampai sos pekat.
8. Siap dan hidangkan bersama spageti.