Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Bersama Prof. Madya Dr. Mohd Uzair Rusli, Ketua Pusat Konservasi Marin, Universiti Malaysia Terengganu menjejaki erti merdeka yang sebenar melihat kepada antara keseimbangan pembangunan hidupan marin dan usaha konservasi di negara ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Pada lapis lain dalam semangat kemerdekaan mungkin sudah tiba masanya kita melihat konservasi melalui kefahaman sains dan realiti kita sendiri
00:38bukan sekadar mengikut template dari luar.
00:40Dan kita wajar bertanya adakah menikmati pengalaman melihat penyu di laut sebestinya satu ancaman atau bolehkah ia diurus dengan baik
00:47sehingga penyu itu dilindungi dan masyarakat turut mendapat manfaat.
00:51Dan untuk berbincang berkenaan dengan perkara ini kita bersama di studio Prof. Madya Dr. Muhammad Uzairusli yang merupakan Ketua Pusat
00:59Konservasi Marine Universiti Malaysia Terengganu.
01:03Assalamualaikum Dr. Zahir apa khabar?
01:05Waalaikumsalam
01:06Alhamdulillah Dr. Zahir terima kasih kerana sudi bersama dengan kami lagi.
01:10Dalam kita bercakap berkenaan dengan usaha konservasi hari ini khusus kita nak cerita berkenaan dengan penyu.
01:15Mungkin ramai yang tidak tahu tapi ramai juga saya pasti yang dah tahu usaha konservasi penyu ini sangat lama sudah
01:24pun dilakukan di cuara hutang dan mungkin selepas 30 tahun ini adakah kita melihat populasi penyu di Malaysia ini semakin
01:36baik atau adakah ia pada paras yang membimbangkan?
01:39Ok baiklah terima kasih Isro Awani kerana sudi untuk menjemput saya pada hari ini memang kita cerita khusus bahasa penyu.
01:47Bersepena dengan bulan kebangsaan ini sebenarnya dalam usaha konservasi ini negara kita tidak ketinggalan.
01:53Sebenarnya telah bermula sejak era 50-an dan 60-an dan kita tahu ketika itu sudah ada perikod ataupun catatan
01:59rasmi.
01:59Bagi pihak kerajaan menyatakan bahawa terdapat usaha-usaha konservasi yang telah dilakukan di seluruh negara.
02:05Namun bagi pihak Universiti Malaysia Terengganu ataupun ketika itu dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia ketika itu sebab ini adalah sejarah
02:13daripada UPM kemudian kita berevolusi menjadi Kolej Universiti Teknologi kemudian kepada Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, KUSTAM dan sekarang
02:22Universiti Malaysia Terengganu.
02:23Sebenarnya sejarah konservasi penyu khususnya bagi Universiti Malaysia Terengganu ini bermula sangat awal sejak tahun 1984.
02:30Maka saya ini adalah generasi yang ketiga dan apa yang membanggakan lagi kebetulan pada semalam diumumkan bahawa pengasas bersama si
02:39Total Research Unit iaitu pengasas kepada kumpulan penyelidikan kami ini menerima anugerah Merdeka Award iaitu menghargai jasa beliau, negasi yang
02:50ditinggalkan oleh beliau sehingga hari ini.
02:51Dan di UC Malaysia Terengganu apa yang menarik kita mempunyai satu stesen penyelidikan yang khusus memberikan penekanan kepada pembangunan sains
02:59mengenai pemahaman penyu ini di stesen penyelidikan Alami Penyu, Pantai Cagar Hutang, Pulau Redang.
03:06Dan di lokasi ini sebenarnya merupakan pendaratan penyu yang paling padat di semenanjung Malaysia kerana setiap malam ketika puncak kita
03:14boleh menerima 50 ke 70 ekor pendaratan penyu.
03:17Dan di sinilah kita lihat data yang telahpun kita kumpulkan sejak dari tahun 1993 sejak penubuhan stesen ini kita telah
03:26memantau lebih daripada 30 tahun dan pemantauan penyu ini dia tidak boleh berlaku dalam 1 tahun atau 2 tahun sahaja
03:32kerana penyu ini adalah bersifat kemandaran spesienya dia agak lama tempoh kematangannya lebih daripada 20 tahun dan apa yang dilihat
03:40kita telah menerima 2 petunjuk alam.
03:43Yang pertama adalah selepas 30 tahun pemantauan penyu ini kita mengukur hampir setiap ekor penyu yang naik mendarat dan saiz
03:51mereka sebenarnya semakin kecil bagi ibu-ibu.
03:54Maksudnya induk yang datang ini mungkin ibu yang lebih muda dan kalau dilihat selepas 30 tahun induk ini saiznya lebih
04:01kecil 4 cm.
04:02Jadi kita melihat bahawa kalau saiznya semakin kecil jumlah telur yang akan dikeluarkan ini berpotensi lebih kecil dan kemudian selepas
04:11populasi ini semakin membesar apa yang melihat populasi semakin naik setiap tahun kalau dahulu kita menerima sekitar 200 ke 300
04:19sahaja sekarang setahun.
04:21Sekarang sudah menjangkau lebih daripada 2,000 setahun dan apa yang kita risaukan sebenarnya mereka kita tahu penyu tidak bertelur
04:30setiap tahun tetapi sebenarnya mereka akan delay tempoh peserangan mereka kalau dahulu mereka akan bertelur setiap 2 tahun.
04:39Tetapi kini telah masuk kepada fasa 3 ke 4 tahun maknanya 2 petunjuk ini telah menunjukkan bahawa telah berlaku sesuatu
04:48di lautan dan sudah tentu kita melihat kepada apa yang berlaku perbuahan iklim, pencemaran di lautan dan ini sebenarnya data
04:57yang dapat kita melihat kepada petunjuk sebenarnya kita perlu lakukan sesuatu walaupun kita lihat secara asasnya bilangan penyu semakin naik
05:05tetapi ada petunjuk yang boleh kita baca melalui dapatan sains kita.
05:09Faktor menarik juga berkenaan dengan penyu ini adalah apabila mereka datang bertelur di satu-satu kawasan dia akan datang semula
05:18ke kawasan tersebutlah maksudnya dah familiar di kawasan itu dan disebabkan itu mungkinlah penambahan pada satu-satu kawasan yang menjadi
05:26pusat konservasi penyu itu tak kisahlah sama ada di cangah hutang ataupun di tempat-tempat lain.
05:59Betul ya? Betul.
06:01Kenapa ini akan memberikan implikasi yang kita perlu bimbang?
06:06Sudah semestinya perlu kita bimbangi kerana apabila kita lihat kepada perkembangan populasi penyu. Yang pertama kita lihat sebelum ini kita
06:16mungkin sukar untuk melihat penyu naik bertelur.
06:19Sekarang sudah banyak penyu naik bertelur. Kalau dahulu ancamannya ialah kita lihat di negeri Tengganu mungkin orang pergi negeri Tengganu
06:26mereka kata nak rasa telur penyu itu.
06:29Tapi sekarang mereka sudah pergi ke negeri Tengganu di mana penyu? Kat mana nak tengok penyu? Dan kita lihat sudah
06:36ada manfaat kepada komuniti setempat.
06:38Dan negeri Tengganu pun dilimpahi dengan rezeki ramai juga pelancong. Orang suka datang ke negeri paling bahagia ini.
06:44Ya betul.
06:45Dan kita lihat dan apa yang kita risaukan pembangunan ini nanti dia akan mencapai satu tahap yang stagnan.
06:50Dan di lautan sana kita lihat bahawa penyu dia memang akan terkesan dengan perubahan iklim.
06:55Tahun ini kita jangkakan El Nino. Dia bukan lagi jangkaan. Telahpun diumumkan bahawa El Nino sedang berlaku dengan sangat-sangat
07:03kuat ketika ini.
07:04Dan kita sebagai manusia kita tahu kita menerima ancaman jerebu hari-hari.
07:09Tetapi di lautan sana El Nino sebenarnya memberikan kesan kepada rumput laut kita apabila produktiviti lautan akan menurun ketika cuaca
07:18yang sangat-sangat panas.
07:20Dan ini menyebabkan bila produktiviti lautan kalau kita kata rumput laut ini memberi kesan kepada penyu.
07:26Jika penyu pun merasai kesan tidak mendapat rumput laut ataupun nutrisi yang cukup sebenarnya bila rumput laut semakin berkurangan
07:33kita juga sebenarnya akan keterbatasan populasi ikan juga.
07:38Kerana rumput laut yang sihat yang baik sebenarnya akan membekalkan kita dengan sumber protein utama kita iaitu sumber laut seperti
07:45ikan.
07:46Dan ini yang kita perlu risaukan sebenarnya mungkin kita kata manfaat yang boleh kita dapat daripada penyu
07:52hanyalah sekadar kita pergi dalam segmen pelancongan sahaja sebenarnya bila kita lihat penyu ada dia adalah indikator kepada apa yang
08:00berlaku di lautan.
08:01Dan sebab itu perlu kita risaukan kalau sebelum ini kita tanya soalan banyak tak penyu kita?
08:06Okey sudah banyak tetapi kita perlu risaukan kat mana nak tengok penyu?
08:11di mana bagaimana nak tengok penyu dan kaedah yang lestari untuk kita melihat penyu ini.
08:19Supaya dalam falsafah konservasi kita ini kita perlu memastikan sumber yang kita ada ini lestari ataupun sustainable.
08:28Kalau bercita tentang sustainable kita ambil definisi yang cukup mudah sahaja.
08:32Sustainable ini bermaksud sumber yang kita ada ini kita nak pastikan dia enough for all forever.
08:39Cukup untuk semua dan kekal sehingga generasi yang berikutnya.
08:43Jadi kalau kita ambil contoh penyu tadi kalau kita kata ambil telur penyu bermakna dengan kita pergi tengok penyu
08:49kalau pergi makan telur penyu sudah semestinya dia tidak cukup untuk semua orang.
08:54Tapi kalau kita pergi tengok penyu dia cukup untuk semua orang.
08:58Kalau kita kata untuk semua orang tak ataupun tidak sudah tentu kalau melihat kepada mengambil telur penyu
09:05hanya beberapa orang sahaja yang terlibat dalam rantaian ekonomi tersebut.
09:09Tapi kalau pergi kepada segmen pelancongan sudah tentu ramai dapat manfaat daripada makcik yang jual goreng pisang,
09:16jual keropok tepi, jalan pun turut mendapat manfaat.
09:19Tapi untuk generasi berikutnya ini cabaran kita sekarang ini.
09:23Kerana kalau di sosial media sejak daripada peristiwa penyu berlimbing naik berteluk di negeri Tengganu baru-baru ini
09:30kita lihat pelbagai pendapat. Ada yang katakan jangan beritahu kenapa penyu berlimbing naik berteluk jangan beritahu.
09:37Kerana ada yang memahami usaha konservasi ini kena tutup alam ini daripada manusia.
09:44Jadi ini memang perkara bagi saya ini adalah perkara yang paling mudah untuk diambil oleh komuniti
09:51ataupun mana-mana pihak kerajaan.
09:53Kalau ada tempat yang kita kata nak conserve, maka conserve itu bermaksud kita tutup saja.
09:58pisahkan manusia dengan alam.
10:00Walaupun perkara ini kita tidak boleh elak.
10:02Kita memang duduk bersama dengan alam.
10:04Soalnya sekarang ialah bagaimana untuk melestarikannya adalah soal kita perlu ada kefahaman sains.
10:10Dan sebab itu tajuk hari ini kita membincangkan tentang bagaimana sebenarnya kefahaman sains itu perlu berpaksikan kepada
10:16kefahaman sains kita di bumi kita, di komuniti kita, realiti kita.
10:23Kita tidak mahu ambil daripada template luar.
10:25Contohnya, usaha di seluruh dunia mengatakan bahawa kita nak ada marine protected area 30%.
10:30Adakah perkara itu wajar untuk sebuah negara maritim yang komuniti di pesisir pantai kita ini terlalu padat?
10:39Dan sudah tentu kita tak boleh bandingkan dengan negara luar.
10:42Mereka ada pesisir yang agak jauh.
10:44Saya ambil contoh terus terang kita kata Dego Garcia yang berada di kawasan yang sangat jauh.
10:49Mereka boleh tutup sahaja kawasan itu, memangnya kawasan itu terpencil.
10:53Dan mereka boleh banggakan dengan litupan kawasan pelindungan marine mereka sangat besar.
10:58Dan bukan Amerika Syarikat sahaja, banyak negara-negara di sebagian mana kita sebut United Kingdom pun
11:03mempunyai negara-negara pesisir mereka yang sangat banyak.
11:07Tetapi jika dibandingkan secara terus dengan Malaysia, kita perlu lihat realitinya di negara kita.
11:12Dalam kita bercakap berkenaan dengan realiti, kita nak cakap juga berkenaan dengan penyibulimbing yang naik di marang itu.
11:21Tapi tak apa, kita simpan soalan itu dulu.
11:23Cuma kita nak memberi penjelasan.
11:25Adakah sebenarnya kalau kita melihat penyu, contoh apabila kita bercakap berkenaan sektor pelancongan
11:30yang juga membawa rantai yang sangat besar, ia memberi indikasi yang sangat baik,
11:35terutamanya dalam sektor pelancongan itu sendiri.
11:37Cuma ada persoalan yang mungkin, ada yang pendapat, kalau tengok penyu pada atas bot sahaja,
11:45adakah ia satu indikasi yang baik?
11:47Sebab dulu kalau kita nak melihat penyu ini, perlu lakukan penyelaman.
11:51Adakah ini satu indikasi yang membahayakan sebenarnya?
11:55Sebab ada kawasan-kawasan tertentu sahaja penyu-penyu ini akan muncul, Doktor.
11:59Saya ambil pendekatan begini.
12:01Yang pertama ialah kita perlu pergi secara berfasa.
12:03Apa yang sedang berlaku di negeri Tenganu dahulu, sebelum tahun 2021,
12:08sebelum pindahan enakmen penyu.
12:10Saya katakan orang ke negeri Tenganu, mereka menjadikan merasai telur penyu itu sebagai satu perkara yang...
12:16Sebagai budaya lah kan?
12:17Ya, budaya lah.
12:18Barilah kita cuba pergi ke Pasar Payang, ditawarkan untuk nak merasai dan itu suasana begitu.
12:26Namun selepas berlaku pindahan enakmen penyu, sekarang ini kita beralih kepada fasa untuk nak melestarikan pelancongan penyu.
12:33Yang pertama, kita di pihak universiti tidak boleh mengatakan bahawa di sana tak boleh ambil telur penyu, di sini tak
12:40boleh tengok.
12:41Dan akhirnya, masyarakat akan rasa lelah dan akhirnya mereka meninggalkan tentang nak menyayangi alam.
12:46Sekarang ini kita perlu pergi kepada berfasa dan kita kena berhati-hati.
12:50Maka kita perlu duduk semeja dengan pelbagai pihak.
12:54Kerana kita tahu dalam isu penyu ini, dia terkait dengan sekurang-kurangnya jabatan perikanan, jabatan pelancongan dan komuniti setempat.
13:02Dan sewajarnya, perkara ini memang sangat-sangat mencabar.
13:05Sebab itu, saya katakan perkara yang paling mudah ialah tutup sahaja.
13:09Dan akhirnya, masyarakat akan bertanya, untuk apa kita selamatkan penyu ini?
13:14Kerana kalau saya kata selamatkan penyu ini boleh meningkatkan lagi populasi ikan,
13:20maka perkara ini sukar untuk difahami, sukar untuk dihadam.
13:23Tapi masyarakat faham, kalau kita selamatkan penyu, ramai pelancong datang.
13:27Tapi kita kena buat berhati-hati supaya orang boleh datang tengok.
13:32Contoh, kalau kita kata antara dua segmen, orang berenang, orang snorkeling dengan penyu,
13:36kita tahu ini sangat-sangat banyak.
13:38Berbanding dengan orang diving.
13:39Saya mengatakan, orang yang melakukan selamat atau diving itu lebih mudah untuk kita didik
13:44kerana bukan semua orang boleh menyelam.
13:46Sebelum nak dapat lesen menyelam pun, kita tahu kita kena ada pelbagai kelas,
13:50kita kena belajar etika.
13:52Dan sudah tentu saya rasakan, antara dua itu kalau nak dibandingkan,
13:56saya lebih rasa lebih seronok untuk mengajak orang pergi menyelam bersama dengan penyu.
14:02Dengan beretika.
14:03Tetapi saya rasa, satu hari nanti kita akan capai kepada perkara itu,
14:07cuma kita kena berhati-hati dan kena berdikit-dikit.
14:12Sebab ada banyak komuniti yang akan terkesan,
14:15andai kata dasar kita sekarang ini terus menutup.
14:19Contohnya, di pantai, walaupun kita kata kita stesen peningkat alami penyu,
14:24pantai cagar hutang.
14:25Kalau dahulunya memang di peringkat awal kita menutup banyak.
14:29Tetapi apabila pergi kepada fasa berikutnya, kita katakan kita perlu membuka.
14:33Tapi bila kata membuka, komuniti jangan faham bahawa buka,
14:37siapa-siapa saja boleh datang.
14:39Boleh datang tetapi pada masa yang terhad.
14:41Untuk datang, daftarkan dahulu.
14:43untuk kita pastikan bahawa bookman, pengendali-pengendali ini
14:47beretika dan mereka faham bagaimana menguruskan pelancong
14:51di kawasan sentuary penyu.
14:52Kita tidak buka lama, sekitar pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.
14:56Kalau tidak, masyarakat tidak merasai apakah faedah
15:00kita menyatakan bahawa pantai cagar hutang itu tidak boleh.
15:04Orang komuniti tak boleh nak datang lihat.
15:06Kalau tak, mereka akan kata komuniti, universiti mengambil alih,
15:10universiti menjadikan ini, universiti tidak memberi manfaat balik kepada komuniti.
15:15Sebab itu saya katakan, pantai cagar hutang, walaupun sentuary penyu,
15:18kita buka kepada pelancong untuk tujuan kita nak menyantuni pelancong
15:22dan dalam masa yang sama, kita juga ada satu strategi di mana kita meletakkan outdoor classroom.
15:27apabila para pelancong ini dibawa oleh pengendali pelancong,
15:31dalam masa sama kita memberikan taklimat bukan sahaja kepada pelancong
15:34tetapi kepada pengusaha-pengusaha bot untuk mereka dapatkan apakah maksud
15:40sebenar mengendalikan pelancong secara beretika.
15:43Dia bukan senang nak bawa pengendali pelancong ini duduk dalam kelas
15:46tetapi bila kita menyantuni mereka secara tidak langsung, kita turut mendidik mereka.
15:51Itulah penjelasan awal yang boleh kita katakan
15:55berkenaan dengan konservasi penyu ini.
15:57Banyak lagi sebenarnya yang nak kita bincangkan
15:59tapi kita nak boleh terlihat seketika, kita kembali lagi selepas ini.
16:15Baik, untuk kembali dalam awal pagi hari ini kita bercakap berkenaan
16:18dengan jejak penyu di Bumi Merdeka
16:20dan untuk bercakap lanjut berkenaan dengan perkara ini
16:22bersama dengan saya di studio Prof. Madia Dr. Mama Uzair Ruslan.
16:25Beliau merupakan Ketua Pusat Konservasi Marine dari Universiti Malaysia Terengganu.
16:30Dr. Uzair, banyak yang dah kita bincangkan tadi
16:33terutamanya isu hangat yang baru-baru ini berlaku.
16:37Tadi Dr. ada jelaskan sedikit pendapat Dr. berkaitan dengan
16:42penyu berlimbi yang dilaporkan naik mendarat
16:45dan juga bertelur di pantai marang di Terengganu.
16:48Adakah, satu yang nak kita klasifikasikan, klasifikan adalah
16:52adakah memang itu tempat kebiasaannya penyu bertelur
16:57sebab kita tahu kalau di Terengganu misalnya memang ada
17:00pusat-pusat konservasi atau pesan curi penyu yang spesifik, yang khusus.
17:04Adakah ini satu keajaiban ataupun satu perkara yang di luar jangka berlaku
17:08dan adakah ini satu perkara yang membebaskan apabila
17:12orang bercakap berkenaan dengan usaha konservasi itu
17:15sejurus lepas itu adakah kawasan itu perlu ditutup?
17:17Sedangkan pantai marang ini kita tahu memang open for public.
17:20Dr.
17:20Okey, yang pertama adalah penyu berlimbing naik di marang
17:24ataupun di kawasan dungun.
17:27Dahulu kita mengenali pantai rantau abang.
17:29Dan memang jajaran pantai rantau abang ini sangat-sangat panjang.
17:33Dan sepanjang tujuh kilometer ini sebenarnya ini dah lokasi
17:36memang daripada sejarahnya.
17:38sinilah tempat pernah datang penyu berlimbing.
17:40Apa yang berlaku sebenarnya, penyu berlimbing ketika era 90-an
17:45dan pernah ditulis juga oleh Michael Carrington
17:48iaitu pengarah novel popular Jurassic Park.
17:51Beliau pernah datang semata-mata hanya untuk melihat,
17:55menyaksikan sendiri penyu berlimbing.
17:57Walau beliau daripada Amerika Syarikat datang pergi ke Singapura
18:01sewa kereta sendiri.
18:02Ini diceritakan dalam buku beliau sendiri.
18:04Dan beliau pergi ke Kuantan dan orang Kuantan kata pergi rantau abang.
18:08Dan ketika itu mungkin tak ramai dengar perkataan Tengganu.
18:11Tetapi rantau abang itu lebih popular daripada negeri Tengganu itu.
18:15Sebab mungkin tidak ada lapangan terbang antarabangsa lagi.
18:19Pada waktu itu.
18:19Ya.
18:20Tetapi apa yang berlaku ialah,
18:22beliau telah menyuarakan kebimbangan beliau
18:25tentang bagaimana pelancongan penyu ini
18:27di mana orang menunggang di atas penyu.
18:29Orang mengambil gambar dengan sangat-sangat banyak
18:32dan over tourism.
18:33Dan perkara ini turut dibincangkan di lokasi Pulau Redang juga.
18:37Bukan sahaja penyu terkesan.
18:39Tetapi terumbu karang kita juga turut terkesan.
18:42Dan komuniti di Pulau Redang itu sendiri pun telah pun
18:45menyuarakan tentang perkara ini dan hangat dibincangkan.
18:48Tetapi apa yang kita lihat,
18:50populasi penyu berlimbing ini telah sembilan tahun tidak naik bertelur.
18:54Dan sejarah sebelum ini terakhir sebanyak dua sarang pada tahun 2017.
18:59dan kedua-dua sarang ini gagal untuk menetas kerana apa
19:04tidak ada indok jantan yang disenyawakan bersama dengan telur-telur tersebut.
19:09Maka keseluruhan telur ini gagal menetas.
19:11Maka kita perlu tunggu.
19:12Selepas fasa satu minggu yang pertama ini
19:14sebenarnya kita telah boleh melihat dah
19:16sama ada telur ini disenyawakan ataupun tidak.
19:20Iaitu ketika tahun 2026 ini.
19:22Maka tempoh sembilan tahun.
19:24Tempoh sebelum ini adalah peneratan yang terakhir juga
19:27sebelum 2017 adalah 2010.
19:30Maka fasa pertama tujuh tahun tiada telur.
19:33Tiada penyu berlimbing naik bertelur.
19:35Kemudian fasa berikutnya sembilan tahun.
19:38Kerana pola ini sebenarnya dia sama dengan negara-negara serantau.
19:41Dan kita lihat Thailand, Filipin dan juga Vietnam.
19:45Pola penurunan populasi penyu memang berlaku sebegitu.
19:50Mula-mula dia berlaku jarang-jarang.
19:53Kemudian kadang-kadang.
19:55Kemudian langsung dah tak naik.
19:56Dan ini yang perlu kita risaukan sekarang.
19:58Ini fasa yang berikutnya adalah kita nak berdoa sahajalah
20:02apa usaha yang boleh kita lakukan sekarang ini
20:05sebab kita kena mengharapkan bahawa telur itu disenyawakan
20:09akhirnya boleh menjadi induk kembalilah untuk penyu berlimbing.
20:12Jadi keruntuhan populasi penyu berlimbing ini
20:16telah dibincangkan dengan sangat-sangat hangat
20:18dan apa yang menarik sekali adalah
20:20di negara kita ini tiba-tiba datang kembali penyu berlimbing.
20:25Jadi langkah yang paling mudah yang boleh kita faham adalah
20:29kita nak tutup.
20:29Takkan kita nak tutup keseluruhan pantai.
20:32Sebab kita tahu ramai komuniti kita yang kita mungkin duduk di bandar besar
20:37kita kata senang kita tutup sahajalah.
20:38Tapi komuniti yang akan terkesan nanti bagaimana yang berada di pantai.
20:43Sebab itu saya katakan jika ada penyu naik bertelur
20:46kita kena beritahu kepada komuniti ada penyu naik bertelur
20:49it's okay orang excited sebab orang nanti akan bertanya
20:53macam mana nak tengok.
20:54Berbanding dengan kita diam-diam
20:56kemudian mereka dengar cerita di kedai kopi
20:58nanti akan ada orang yang membawa mereka
21:01pergi tengok penyu secara tidak beretika
21:03dan mereka kena tipu lah
21:05ada yang satu orang kena bayar RM60
21:07ada belayar RM80
21:08dan ini menjadikan isu yang lebih besar.
21:12Sebab itu saya katakan bahawa
21:13jika ada penyu naik bertelur
21:15kita kena didik komuniti kita.
21:17Maka mereka biar merasai bahawa penyu ini dimiliki oleh mereka.
21:22Kita tak boleh kata konservasi ini adalah untuk
21:25eksklusif kepada pihak kerajaan.
21:28Eksklusif kepada pihak universiti.
21:30Eksklusif kepada NGO sahaja.
21:32Tapi apa maknanya usaha konservasi ini
21:34jika tidak dipulangkan kembali faedahnya kepada komuniti.
21:37Sebab itu usaha saya, saya nak merasakan bahawa
21:40kita perlu berusaha menjadikan komuniti sebahagian
21:44daripada usaha konservasi
21:45biar mereka merasai memiliki perkara tersebut.
21:48Kerana akhirnya kita tidak boleh 24 jam di lapangan.
21:51Siapa yang ada di lapangan akhirnya adalah komuniti.
21:56Kita jangan jadikan komuniti di lapangan itu
21:58sebagai penonton sahaja.
22:00Kerana itu adalah hak kita bersama.
22:03Ini bumi merdeka.
22:04Kitalah menentukan bagaimana kaedah kita nak melaksanakan dasar.
22:08Sebab itu saya kata dasar mesti berasaskan kepada
22:11dapatan sains yang memenai realiti di lapangan negara kita sendiri.
22:17Dan untuk merealisasikan perkara itu Dr. Zahid
22:19apa sebenarnya yang boleh dilakukan?
22:21Sebab kita tahulah komuniti yang berada di setempat itu
22:23mungkin ada yang memang sudah tahu kan
22:27kalau orang kata orang pulau ini
22:29orang yang duduk tepi pantai ini
22:31memang sudah tahulah
22:33persisirannya begitu
22:35bagaimana nak lakukan mungkin langkah-langkah konservasi
22:37bukanlah secara besar-besaran
22:40tetapi secara kecil-kecilan
22:41secara sendirian yang boleh dilakukan
22:44pendedahan yang berbentuk bagaimana sebenarnya
22:47yang senang komuniti untuk lakukan?
22:50Apa yang saya boleh cadangkan
22:51ketika ini kita tahu
22:53banyak pihak berminat dengan usaha-usaha SDG
22:57ESG
22:58dan mereka turun ke lapangan mengatakan perkara ini CSR
23:01kalau kita katakan komuniti ini adalah tanggungjawab
23:04pihak kerajaan sahaja
23:05tidak cukup beban ini nak ditanggung oleh kerajaan sahaja
23:09dan sudah semestinya kita katakan
23:11kita tidak mahu usaha di lapangan ini
23:13ditanggung oleh komuniti
23:14dengan bajet yang terhad
23:16sebab itu
23:16kita usaha konservasi ini
23:18tidak memerlukan
23:20pihak yang datang dan pergi
23:23sekejap saja
23:23tahun ini mereka datang ke daerah Dungun
23:26tahun depan dia pergi ke daerah yang lain pula
23:28sebenarnya kita memerlukan partners
23:30yang boleh bekerja secara jangka masa yang panjang
23:33untuk mendidik
23:34dan untuk melakukan ini
23:35saya anggap ini adalah satu bentuk pelaburan
23:38pelaburan
23:39makna katanya
23:40usaha pihak korporat
23:41boleh turun ke lapangan
23:43membantu pihak kerajaan
23:44untuk mendidik komuniti
23:46yang memerlukan kos yang banyak
23:48dan sebab itu
23:49untuk menyentuni komuniti
23:50datangnya usaha daripada universiti
23:53memberikan kefahaman
23:54dan universiti juga memerlukan kos yang tinggi
23:57untuk berada di lapangan
23:58bersama dengan masyarakat
24:00sebab itu
24:00model yang ada di cagar hutang ketika ini
24:03yang telah kita bangunkan lebih daripada
24:05tiga dekad
24:06sehingga mendapat pengiktirafan daripada
24:08Merdeka Award
24:09jadi sekarang ini telahpun bersedia
24:12telahpun cukup matang
24:13untuk kita terjemahkan di pantai-pantai
24:16kalau kita kata di negeri Tengganu
24:18sebenarnya kita ada hampir 52 pantai
24:20pendaratan penyu
24:21sepanjang 244 km negeri Tengganu ini
24:25bayangkan
24:26kalau di seluruh kawasan ini
24:29kita boleh mengaktifkan
24:30usaha konservasi
24:32yang dilakukan oleh komuniti setempat
24:35yang dipandu oleh dasar
24:37ataupun garis panduan
24:38yang dikemukakan oleh pihak kerajaan
24:41berasaskan kepada dapatan sains
24:43universiti dalam negara kita
24:46dan disokong oleh pihak korporat
24:48sudah tentu inilah pembangunan
24:50ekonomi biru
24:51yang kita cita-citakan
24:52kerana kita kalau cerita tentang
24:55ekonomi biru
24:55kita cerita tentang
24:56pemodal-pemodal yang besar
24:58berada jauh di lautan sana
25:01dengan cari gali minyak
25:03kemudian dari sektor pelancongan
25:05hotel yang besar-besar
25:07tapi kita lupa
25:07sedangkan
25:08komuniti
25:09dan ini yang kita baru-baru ini
25:11di Universiti Malaysia Tengganu
25:12dalam program ESG
25:13bersama dengan Isro Awan ini
25:14kita bangkitkan tentang
25:16keadilan biru
25:17iaitu blue justice
25:18dan bagaimana
25:19pembangunan negara
25:20pembangunan melihat kepada
25:22kelestarian ini
25:23perlu menjadikan
25:24usaha ini
25:25inklusif kepada
25:26semua pihak
25:27maka tidak ada lagi
25:28orang menuduh bahawa
25:30Universiti
25:30masih lagi duduk dalam
25:32menara gading
25:33tidak ke lapangan
25:34sebab itu saya katakan
25:35bahawa
25:36apa yang ada di
25:37cagak hutang ini
25:38telah pun bersedia
25:39untuk kita
25:39salinkan kembali
25:41modelnya
25:42ke seluruh pantai
25:43di dalam negara
25:44untuk pembangunan
25:46dan juga
25:47kelestarian
25:48sumber merin kita
25:49dan kita tahu jugalah
25:50negeri-negeri
25:52yang memang ada
25:53pantai nyata sendiri
25:54ia memang ada
25:55pusat sencuri
25:56penyu sebenarnya
25:57bukan sahaja penyulah
25:58adalah pusat konservasi
25:59yang lain juga
26:00jadi perkara ini
26:01perlu dilakukan
26:02secara keseluruhannya
26:03Dr. Zahir
26:03ok
26:04satu benda terakhir ini
26:06mungkin
26:06Dr. boleh rangkumkan
26:08apakah mungkin harapan
26:09melihat kepada
26:10dasar ini
26:10kalau dah ada
26:11boleh ditambah baik lagi
26:12Dr.
26:13saya mengharapkan
26:14bahawa
26:15kita sekarang ini
26:16yang pertama
26:17kita kata
26:17nak mengajak orang
26:18menyayangi alam
26:19karena nombor satu
26:20ialah saya nak
26:21menyuruh semua orang
26:22kita kena menyayangi
26:23satu sama lain dahulu
26:24dalam isu penyu
26:25berlimbing naik
26:26bertelur pun
26:26kita boleh bergaduh
26:28dua tiga hari
26:29tak habis-habis lagi
26:29cerita boleh datang
26:30ke tidak boleh datang
26:31ke sebenarnya
26:32nombor satu
26:33kita jangan lupa
26:33kita kena saling sayang
26:35menyayangi satu sama lain
26:36sebab itu
26:37akhirnya kita boleh capai
26:38bagaimana kita boleh
26:40memelihara penyu
26:41secara bersama
26:42sebab tadi
26:42saya ceritakan bahawa
26:43tidak boleh satu pihak saja
26:45tidak boleh mengharapkan
26:46kerajaan saja
26:47ataupun tidak boleh mengharapkan
26:48komuniti sahaja
26:49kerana manfaat
26:50konservasi ini
26:51kita nak pulangkan kembali
26:53untuk pembangunan negara
26:54pembangunan kita bersama
26:55sebab itu
26:56kita perlu fikirkan
26:58sustainability
26:59enough
26:59for all
27:01forever
27:01perlu
27:02kesatuan untuk semua pihak
27:04kita sayang menyayangi dahulu
27:06barulah kita boleh
27:07menyayangi alam
27:08secara bersama-sama
27:09baik, terima kasih
27:10kita ucapkan kepada
27:11Prof. Mada Dr. Mohd Uzair Rusli
27:14Ketua Pusat Konservasi Marine
27:15dari Universiti Malaysia Terengganu
27:17dahulu kita bercakap
27:18berkenaan dengan
27:18usaha konservasi penyu
27:20dan bagaimana sebenarnya
27:21bagi mereka yang
27:22mungkin ketika ini
27:23sedang
27:24melancong
27:25hati-hati
27:26jugalah
27:27dan juga
27:28lakukan
27:30snorkeling anda
27:31secara berhemah
27:32untuk melindungi
27:33penyu-penyu ini
27:34terima kasih sekali lagi
27:34doktor
27:35kerana sudah bersama dengan kami
27:36tapi saya kira itu saja
27:37masa yang kami ada dalam awal ini
27:38pagi hari ini
27:39sekian saya Nusha Zwanisah Fusham
27:41kita jumpa lagi
Comments

Recommended