00:00Malaysia akan menghantar pasukan mencari dan menyelamat khas Malaysia Smart ke Nepal seawal Sabtu.
00:05Ia susulan kelulusan rasmi daripada kerajaan Nepal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat di kawasan terjejas akibat banjir dan tanah
00:13runtuh baru-baru ini.
00:15Kata Kementerian Luar dalam kedataan pada Jumaat, pasukan 11 anggota itu akan dilengkapi drone berkeupayaan tinggi
00:22serta peralatan khusus bagi menyokong operasi yang diketuai pihak berkuasa Nepal di kawasan yang memerlukan kepakaran teknikal dan keupayaan operasi
00:32khas.
00:33Bagaimanapun, penghantaran pasukan itu tertakluk kepada keperluan operasi dan tahap keselamatan.
00:39Setakat ini, seramai 55 rakyat Malaysia masih dilaporkan gagal dihubungi.
00:44Pasukan tambahan yang dikerahkan oleh Wisma Putra juga telah tiba di Katmandu dan sedang membantu Kedutaan Besar Malaysia
00:51dalam menyelaraskan tindakan bersama pihak berkuasa Nepal berhubung usaha mencari serta mengenalpasti rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi.
01:01Ini termasuk penyelarasan penggunaan sampel DNA bagi tujuan pengecaman.
01:07Di Malaysia, persediaan berkaitan pengecaman sedang berjalan, merangkumi pengumpulan dan analisi sampel DNA
01:13daripada waris terdekat oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kimia Malaysia dengan kerjasama Kementerian.
Comments