00:00Titik panas dan jerebu di beberapa kawasan di selatan ASEAN mungkin bertambah buruk.
00:06Dalam beberapa hari akan datang berikutan cuaca kering yang berpanjangan.
00:10Ia sekaligus meningkatkan risiko jerebu rentas sempadan.
00:14Menurut Pusat Meteorologi Khas ASEAN ASMC, dalam laporan harian terbarunya,
00:20kelompok titik panas dikesan di beberapa kawasan di Kalimantan serta Sumatera Tengah dan Selatan
00:27manakala hanya beberapa titik panas direkodkan di kawasan lain di rantau itu.
00:32Dalam laporan sama, ASMC memaklumkan beberapa stesen kualiti udara di Kalimantan Barat dan Selatan,
00:40Barat Sarawak, Barat Semenanjung Malaysia serta Sumatera Tengah dan Selatan
00:45merekodkan bacaan tidak sihat hingga sangat tidak sihat.
00:49ASMC berkata angin di Selatan ASEAN dijangka bertiup dari arah Tenggara hingga Barat Daya.
Comments