Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Data Australian Bureau of Statistics (ABS) menunjukkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bulanan meningkat 1.0 peratus pada Julai berbanding Jun, mengatasi jangkaan kenaikan 0.8 peratus.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Inflasi pengguna Australia meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada Julai berikutan kenaikan kos bahan hapi dan perjalanan, manakala inflasi teras
00:08turut melebihi unjuran sekaligus meningkatkan risiko kenaikan keadaan faedah.
00:13Dollar Australia meningkat 0.2% kepada 0.7176 dolar Amerika, manakala niaga hadapan bon kerajaan tiga tahun berundur selepas
00:25mencatatkan kenaikan awal susut tiga mata kepada 95.42.
00:32Pelabur meningkatkan kebarang kalian kenaikan kadar faedah keempat oleh Reserve Bank of Australia RBA pada bulan depan kepada 36%
00:40berbanding 17% sebelum ini.
00:42Kebarang kalian kenaikan kadar menjelang Februari tahun depan pula kini diunjurkan pada 94%.
00:48Susulan data inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan itu, Deutsche Bank kini menjangkakan RBA menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata
00:57asas pada September berdasarkan risiko baru terhadap peningkatan inflasi.
01:02Data Australian Bureau of Statistics ABS menunjukkan indeks harga pengguna CPI bulanan meningkat 1.0% pada Julai berbanding Jun
01:11mengatasi jangkaan kenaikan 0.8%.
01:15Kenaikan itu didorong antaranya oleh harga bahan api yang melonjak 7.5% selepas merosot selama tiga bulan berturut-turut.
01:23Secara tahunan, kadar inflasi bagaimanapun susut kepada 3.5% daripada 3.8% berbanding jangkaan penurunan lebih ketara kepada
01:333.3%.
01:34Pembuat dasar RBA sebelum ini memberi amaran bahawa kadar faedah boleh dinaikkan semula sekiranya risiko peningkatan inflasi terus bertambah.
Comments

Recommended